ARKIB : 20/02/2003
AKSI pusingan pertama Piala FA
2003 dicemari kekasaran dalam perlawanan yang menyaksikan Telekom Melaka
menewaskan SKMK Kelantan 2-1 di Stadium Hang Tuah, Melaka, semalam.
Telekom yang menjadi tuan rumah
memperoleh jaringan menerusi sepakan penalti pemain import Isaac Kuffour pada
minit ke-45 dan K. Kumaran pada minit ke-68.
SKMK yang membalas menerusi
Safri Che Mat pada minit ke-22 semakin tertekan setelah ketua pasukannya, Mat
Anuar Semail dan Mohd. Faizal Asmar diperintahkan keluar padang kerana
mengasari pemain lawan.
Pemain-pemain dan pegawai
pasukan SKMK kemudiannya terpaksa diberikan kawalan oleh pihak Polis ketika
keluar meninggalkan stadium.
Di Stadium Utama, Kangar,
Perlis yang sebelum ini membelasah Terengganu 4-0 dalam Liga Perdana Satu terus
mengaum garang apabila menewaskan Tentera 2-0 menerusi jaringan Mohd. Nazaruddin
Zain (minit ke-38) dan pemain import Phillemon Chipieta (m-46).
Pasukan kelab, Public BANK
Selangor pula mencipta kejutan apabila menundukkan pasukan pilihan, Kedah 3-1
di Stadium Selayang, Kuala Lumpur. Public Bank harus berterima kasih kepada dua
gol pemain importnya, Ivan Ziga (m-27 dan 33) sebelum Paul Raj menambah gol
ketiga (m-49).
Kedah, yang merupakan juara
Perdana Dua tahun lepas berusaha bangkit tetapi hanya mampu membalas menerusi
jaringan penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli (m-68).
Di Stadium Petaling Jaya,
hasrat MPPJ Selangor untuk mendapat tiga mata penuh dileburkan oleh jaringan
penyamaan pasukan pelawat pada minit-minit terakhir perlawanan untuk seri 1-1
dengan Melaka.
MPPJ Selangor mendahului
menerusi tendangan cantik Bruno Marte Lotto (m-28) tetapi Melaka bangkit
menyamakan kedudukan hasil rembatan kencang Ahmad Termizi Saiban (m-81).
Sementara itu, Sarawak mencatat
kemenangan besar 4-0 ke atas Perak TKN di Stadium Sarawak, Kuching.
Gol pasukan tuan rumah
diperolehi menerusi Ramles Sari (minit ke-13), Ramos Sari (m-48), Robert Ishun
(m-57) dan Mohamad Amri Hamlet (m-73).
Kelantan pula menempa kekalahan
kali kedua berturut-turut kepada Pahang apabila tunduk 2-1 di Stadium Sultan
Mohamed IV, Kota Bharu.
Pahang memperoleh jaringan
menerusi Juzaili Samion (m-34) dan Md. Fadzli Saari (m-60). Kelantan yang kalah
4-1 kepada Pahang di tempat yang sama dalam kempen Perdana Satu pada Sabtu
lepas membalas menerusi Helton Soares Pereira dari Brazil (m-64).
Di Stadium Bola Sepak Kuala
Lumpur, Cheras, Kuala Lumpur tumpas kepada Terengganu 3-1.
Pasukan pelawat memperoleh gol
menerusi Norsyazuwan Md. Nor (m-20), Shahalrizam Mat Rani (m-65 dan 80). Kuala
Lumpur memperoleh gol tunggalnya menerusi Lubomir Horochonic (m-68).
Pemain Terengganu, Norisham
Hassan diperintah keluar padang oleh pengadil, Muhammad Naim Nair Abdullah dari
Selangor pada minit ke-87 kerana mengkasari lawan.
smberArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0220&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4cceaJGQz
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan