ARKIB : 06/04/2010
Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my
Pemain berusia 22 tahun yang
mempamerkan aksi bertenaga ketika membantu Sang Kenari mara ke babak penentuan
itu berazam membantu Kedah menggondol piala berkenaan buat kali keempat dalam
sejarah pasukan berkenaan.
Menurut Baddrol, tiada apa yang
bermain di fikirannya dan rakan sepasukan pada masa ini selain mahu membawa
pulang trofi kejuaraan ke negeri Jelapang Padi sebagai hadiah kepada peminat
dan penyokong Hijau Kuning.
Bagaimanapun, kata pemain yang
berasal dari Sungai Petani itu, mereka menyedari kejayaan itu tidak boleh
dicapai dengan mudah.
Justeru, katanya, pada perlawanan
akhir nanti amat penting bagi kesebelasan Sang Kenari mempamerkan kesungguhan
dan semangat juang yang tinggi dengan berdisiplin mengikuti corak permainan
yang diterapkan oleh kem kejurulatihan.
"Apabila tiba di peringkat
ini, semangat saya bersama rakan sepasukan adalah untuk meraih kejayaan.
"Mana-mana pasukan yang mara
ke perlawanan akhir mempunyai peluang yang seimbang, namun kami tidak mahu
kecewa dan tekad menghadiahkan piala itu untuk peminat Kedah," katanya di
sini, semalam.
Baddrol berkata, dia akan
menggunakan pengalamannya yang pernah mengharungi dua perlawanan akhir Piala FA
sebelum ini untuk membantu pasukan Hijau Kuning menjinakkan Negeri Sembilan.
Katanya, jika diturunkan pada
aksi final itu nanti, dia juga akan cuba meningkatkan momentum permainannya
termasuk perlu fokus di atas padang kerana menyedari skuad Rusa bukan
sebarangan pasukan.
sumberArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0406&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz5a7MilI8G
© Utusan Melayu (M) Bhd