Isnin, 20 Januari 2014

Imbasan Piala FA 2013: Selangor PKNS FC hampir ke suku akhir

28 Ogos 2013

KUALA LUMPUR - Pasukan berstatus kelab, Selangor PKNS FC semakin menghampiri slot ke suku akhir Piala Malaysia selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Felda United FC dalam saingan Kumpulan B di Stadium Shah Alam, malam ini.
   
Kemenangan ketiga berturut-turut pasukan bimbingan Abdul Rahman Ibrahim itu membolehkan mereka terus mengekalkan kedudukan di tangga teratas Kumpulan B dengan sembilan mata penuh.
   
Penyerang import dari Liberia Patrick Ronaldinho Wleh muncul wira pasukan tuan rumah apabila menjaringkan kedua-dua gol pada minit ke-35 dan 51.
   
Dalam satu lagi aksi kumpulan B, Johor Darul Takzim (Johor DT) mencatat kemenangan tipis 3-2 ke atas T-Team pada aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
   
Tiga gol skuad 'Harimau Selatan' dijaring oleh Mohd Hadin Azman pada minit ke-23, Mohd Safee Sali (27') dan  Norshahrul Idlan Talaha (63') manakala dua gol skuad 'The Titans' disumbang Ahmad Syamim Yahya pada minit ke-48 dan pemain gantian, Fauzan Abdullah (77').

Terdahulu, T-Team terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-74 selepas Mohd Saiful Mustapa dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan Syed Azahar Syed Kamar kerana mengasari Mohd Hadin.
   
Dalam saingan Kumpulan A, Sime Darby FC mencipta kejutan selepas menewaskan juara 32 kali, Selangor, menerusi kemenangan 3-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
   
Tiga gol skuad bimbingan Ismail Zakaria itu dijaringkan Karlo Primorac pada minit ke-22 dan 29, serta Fazrul Hazli Mohd Kadri pada minit ke-72.
   
Satu lagi wakil dalam Kumpulan A, Johor FA pula hanya mampu mengutip satu mata selepas terikat 3-3 menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.
   
Tiga gol pasukan Selatan tanah air itu dijaring oleh Mohd Ezaidy Mohd Khadar pada minit ke-42, Md Farid Ideris (48') dan Muhd Hairul Nizam Haniff (80') manakala ATM memperoleh gol menerusi jaringan Muhd Shukor Adan pada minit ke-53 dan Marlon Alex James pada minit ke-73 dan 78.
  
Dalam saingan Kumpulan D, Perak menundukkan pasukan jemputan dari Singapura, Lions XII yang merupakan juara Liga Super hasil gol tunggal Azlan Ismail pada minit kelapan perlawanan dalam aksi di Stadium Perak, Ipoh.
   
Kedah dan Sarawak pula hanya mampu mengutip satu mata selepas mencatat keputusan seri tanpa jaringan pada satu lagi aksi Kumpulan D di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
   
Sementara itu, juara bertahan Piala Malaysia Kelantan mempersiakan peluang mengutip tiga mata selepas sekadar terikat 1-1 menentang Negeri Sembilan dalam saingan Kumpulan C di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.
   
Mereka bagaimanapun berada di depan menerusi jaringan penyerang import dari Nigeria, Dickson Nwakaeme pada minit ke-39 sebelum Fabio Leandro Barbosa menyelamatkan maruah pasukan tuan rumah menerusi gol penyamaan pada minit ke-59.
   
Satu lagi perlawanan Kumpulan C menyaksikan Pahang turut berkongsi mata selepas sekadar terikat 1-1 ketika melayan jiran mereka, Terengganu di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
   
Skuad Tok Gajah dikejutkan dengan jaringan pembukaan penyerang Terengganu Mohd Ashaari Shamsuddin seawal minit ketujuh sebelum berjaya menyamakan kedudukan enam minit kemudian menerusi gol penyerang import dari Argentina
Matias Ruben Conti. - Bernama

SUMBER: SINAR HARIAN ONLINE 28 Ogos 2013

Sabtu, 18 Januari 2014

Piala FA 2014

Juara bertahan Kelantan dan Naib Juara 2013 Johor Darul Takzim FC mendapat bye di pusingan pertama.


#TuanrumahLwnPelawatVenue
Pusingan Pertama
21 Januari 2014 (Selasa)
1Selangor UiTM FCmlnTerengganu PBDKT T-Team4.15ptg, Stadium UiTM Shah Alam
2Kuala LumpurmlnKedah8.45mlm, Stadium Darul Aman
3MelakamlnPerlis4.15ptg, Stadium Hang Jebat
4Pulau Pinang PBAPP FCmlnSabah Cebagoo FC8.45mlm, Stadium Bandaraya
5PDRMmlnKL SPA Putrajaya FC4.15ptg, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya
6Lions XII FCmlnKL DRB-Hicom FC7.45mlm Stadium Bishan
7PerakmlnPahang8.45mlm Stadium Perak
8Pahang Kuantan FAmlnSabah8.45mlm Stadium Darul Makmur
9Selangor PKNS FCmlnJohor Darul Ta'zim IIStadium
10TerengganumlnPahang Shahzan Muda8.45mlm Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
11KL Sime Darby FCmlnATM8.45mlm Stadium Majlis Perbandaran Selayang
12Negeri SembilanmlnKL Felda United FC8.45mlm Stadium Tuanku Abdul Rahman
14SarawakmlnPulau Pinang8.45mlm Stadium Negeri Sarawak
22 Januari 2014 (Rabu)
13Harimau Muda CmlnSelangor4.15ptg Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Pusingan Kedua
4 Februari 2014 (Selasa)
15Johor Darul Takzim FCmlnP1Stadium
16P2mlnP3Stadium
17P4mlnP5Stadium
18P6mlnP7Stadium
19KelantanmlnP8Stadium
20P9mlnP10Stadium
21P11mlnP12Stadium
22P13mlnP14Stadium
Suku Akhir Perlawanan Pertama
11 Mac 2014 (Selasa)
23P15mlnP16Stadium
24P17mlnP18Stadium
25P19mlnP20Stadium
26P21mlnP22Stadium
Suku Akhir Perlawanan Kedua
18 Mac 2014 (Selasa)
27P16mlnP15Stadium
28P18mlnP17Stadium
29P20mlnP19Stadium
30P22mlnP21Stadium
Separuh Akhir Perlawanan Pertama
13 Mei 2014 (Sabtu)
31P23/P27mlnP24/P28Stadium
32P25/P29mlnP26/P30Stadium
Separuh Akhir Perlawanan Kedua
20 Mei 2014 (Selasa)
33P24/P28mlnP23/P27Stadium
34P26/30mlnP25/29Stadium
Perlawanan Akhir
6 Jun 2014 (Sabtu)
35P31/P33mlnP32/P34Stadium
Pusingan 1 (21 Januari 2014)
1 Johor Darul Takzim FC (I) - bye
P1 2 Terengganu T-Team mln 3 UiTM FC
P2 4 Kuala Lumpur mln 5 Kedah
P3 6 Melaka mln 7 Perlis
P4 8 PP PBAPP FC mln 9 Sabah Cebagoo FC
P5 10 PDRM mln 11 KL SPA Putrajaya FC
P6 12 Lions XII FC mln 13 KL DRB-HICOM FC
P7 14 Perak mln 15 Pahang
16 Kelantan - bye
P8 17 Pahang Kuantan FA mln 18 Sabah
P9 19 Selangor PKNS FC mln 20 Johor (JDT II)
P10 21 Terengganu mln 22 Pahang Kuantan Port
P11 23 KL Sime Darby mln 24 ATM
P12 25 Negeri Sembilan mln 26 KL Felda United FC
P13 27 Harimau Muda C mln 28 Selangor
P14 29 Sarawak vs 30 Pulau Pinang

PUSINGAN 2 (4 Februari 2014)
P15 1 Johor Darul Takzim mln P1
P16 P2 mln P3
P17 P4 mln P5
P18 P6 mln P7
P19 16 Kelantan mln P8
P20 P9 mln P10
P21 P11 mln P12
P22 P13 mln P14

SUKU AKHIR (11 Mac dan 18 Mac 2014)
P23/P27 P15 mln P16
P24/P28 P17 mln P18
P25/P29 P19 mln P20
P26/P30 P21 mln P22

SEPARUH AKHIR (13 Mei dan 20 Mei 2014)
P31/P33 P23/27 mln P24/P28
P32/P34 P25/29 mln P26/30

AKHIR (6 Jun 2014)
P35 P31/P33 mln P32/P34