ARKIB : 13/04/2003
SARAWAK memperoleh bekalan selesa
untuk bertandang ke Stadium Larkin, Johor bagi menghadapi perlawanan bola sepak
suku akhir kedua Piala FA 2003 apabila mengalahkan Johor 5-2 pada suku akhir
pertama di Stadium Sarawak, Kuching, semalam.
Pemain import Sarawak, Robert
Eshun menyemarakkan semangat skuad Bujang Senang apabila memperoleh jaringan
awal pada minit ke-17 dan 26 untuk menamatkan babak pertama dengan tuan rumah
mendahului 2-0.
Sebaik permainan bersambung dalam
separuh masa kedua, pemain Johor Mohd. Shukri Ismail merapatkan jurang selepas
menghasilkan gol minit ke-49.
Bagaimanapun, Sarawak terus
memberi tekanan kepada pelawat untuk menambah jaringan menerusi sepakan penalti
Ramos Sari pada minit ke-53 dan Wong Sai Kong pada minit ke-58.
Tidak cukup dengan jaringan
tersebut, Wong Sai Kong menambah jaringan minit ke-58, diikuti sepakan penalti
Ramles Sari pada minit ke-80.
Johor yang tidak mengaku kalah
menyerang balas untuk mendapatkan gol menerusi penyerangnya Farid Ideris pada
minit ke-89.
Di Stadium Utama, Kangar, Perlis
bernasib malang apabila tindakan penyerang kesayangannya, Phillimon Chipeta
menerima kad merah kerana menampan bola dengan tangan dalam kawasan penalti
Singa Utara memaksa pasukan itu tewas 1-0 kepada Johor FC.
Tindakan Chipeta menyaksikan
hadiah sepakan penalti kepada Johor mudah disempurnakan oleh Jonathan Ben
Angelucci pada minit ke-73.
Sebelum itu, dalam babak pertama,
kedua-dua pasukan gagal memperoleh sebarang jaringan.
Di Stadium Hang Tuah, Melaka,
Negeri Sembilan selaku tuan rumah membuat kejutan apabila mengalahkan Perak
2-0.
Gol-gol Negeri Sembilan
dihasilkan Everson Martinelli pada minit ke-15 dan Luciano Osmar Gonzales pada
minit ke-64.
Perak mendapat sepakan penalti
pada minit ke-68 tetapi tendangan Plavio Rochagalvo diselamatkan penjaga
gawang, Azlisham Ibrahim untuk memastikan kemenangan Negeri Sembilan.
Di Stadium Petaling Jaya, dua
pemain import MPPJ Selangor memastikan kelab dalam Perdana Dua itu menang tipis
2-1 ke atas Sabah.
Bruno Sebastian menghasilkan gol
minit ke-47 manakala Juan Manuel Arostegui pada minit ke-83 dan gol tunggal
Sabah pula oleh Zainizam Marjan pada minit ke-53.
sumberArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0413&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4csyljI8p
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan