Isnin, 20 Mac 2017

Perak, Kedah menang besar

ARKIB : 06/02/2002
TIGA pasukan, Kedah, Perak dan Sabah memulakan kempen bola sepak Piala FA dengan bergaya apabila masing-masing mencipta kemenangan besar pada perlawanan pertama pusingan pertama, semalam.

Kedah yang dikemudi penyerang bawah 23 kebangsaan, Akmal Rizal Rakhli, menggempur hebat kubu Polis untuk mencipta kemenangan 6-0 di Stadium Darulaman, Alor Setar.

Akmal dan Zainuddin Ariffin masing-masing menjaringkan dua gol pada minit kesembilan, 50, 85 dan 89 selepas Kenari meraih gol awal minit kelima menerusi Liew Kit Kong. Amirulnizam Mahatzir menjaringkan gol keenam Kedah minit terakhir perlawanan.

Khalid Jamlus menjaringkan hatrik untuk membantu Perak menundukkan Perlis 5-3 di Stadium Perak, Ipoh.

Jaringan Khalid dihasilkan minit ke-22, 57 dan 80 manakala dua gol lagi oleh Ahmad Shahrul Azhar (26) dan Indra Putra Mahayuddin (59).

Tiga gol Perlis dijaringkan oleh Mohd. Feriza Ismail (13, 24) dan Amirul Jufri Jalil (89).

Di Stadium Penampang, Kota Kinabalu, Josiah Seton turut mencipta hatrik ketika membelasah MPPJ Selangor 5-1.

Seton menjaringkan gol minit ke -28, 46 dan 87 dan dua gol lagi dijaringkan oleh Jelius Ating (22) dan Azrin Shah Zainal (33).

Johor FC meneruskan kegagahan apabila mengalahkan Melaka 3-0 di Stadium Pasir Gudang.

Jon Angelucci menghasilkan gol pertama minit ke-20 manakala dua lagi gol disumbat oleh Azni Ariffin (64) dan Mohd. Shukri (79).

Di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang mengatasi TNB Kelantan 4-2 hasil jaringan Azizul Kamaluddin (12, 90), Viatcheslav Melnikov (30) dan Fadzli Shaari (60). Dua gol TNB dijaringkan oleh Badrisan Kadir minit kelapan dan M. Elango (79).

Di Stadium Sultan Mohd. IV, Kota Bharu, Kelantan menewaskan NS Chempaka 3-1.

Dalam perlawanan lain, Negeri Sembilan menang 1-0 ke atas Tentera, Kuala Lumpur seri 1-1 dengan Perak TKN, Johor tewas 1-0 kepada KL Malay Mail, Kedah LADA mengatasi PKNS Selangor 2-0, Telekom Melaka menewaskan JKR Kedah 2-0 dan Public BANK menewaskan SKMK Kelantan 2-0.
SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4brfpQBtX

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan