ARKIB : 06/03/2
PERAK mengetuai lapan lagi
pasukan melangkah ke pusingan kedua bola sepak Piala FA selepas perlawanan
kedua pusingan pertama dengan Perlis di Stadium Utama, Kangar semalam
berkesudahan seri 1-1 yang menyaksikan dua pemain tuan rumah dibuang padang.
Perak mara dengan agregat 6-4
selepas juara Piala Malaysia itu menang 5-3 pada pertemuan pertama di Ipoh
bulan lalu.
Skuad Seladang memperoleh gol
pembukaan menerusi Indra Putra Mahayuddin minit ke-25 tetapi Perlis menyamakan
kedudukan menerusi sepakan penalti Nazzab Hidzan minit ke-54.
Anuar Jusoh dan Amirul Jufri
Jalil dibuang padang pada minit ke-35 dan 80.
Pahang turut mara dengan agregat
besar 7-3 ke atas TNB Kelantan selepas aksi di Stadium Sultan Mohd. IV, Kota
Bharu memihak kepada Tok Gajah dengan kemenangan 3-1.
Gol Pahang dijaringkan oleh
Nurhapiza Bashri minit ketiga, Hairulnizam Man (25) dan Ahmad Shahruddin Rosdi
(53) manakala gol tunggal TNB Kelantan dijaringkan oleh Azrul Amri Burhan (36).
Kelantan mengiringi Perak dan
Pa-hang ke pusingan kedua selepas mengatasi NS Chempaka dengan agregat 4-2
selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Saifulizam Hashim membuka
jaringan untuk NS Chempaka pada minit ke-50 tetapi Woorawoot Sirimaka
menyamakan kedudukan dua minit kemudian.
Kedah tidak menghadapi masalah
apabila mara dengan agregat 8-1 selepas menang 2-1 ke atas Polis di Stadium
Selayang.
Gol Kedah dijaringkan Rafdi
Rashid (26) dan Ahmad Nizam Mahathir (29) dan Polis membalas menerusi Mohd.
Izwan Baharuddin (81).
Pasukan kelab, Johor FC menundukkan
Melaka 3-2 di Stadium Hang Tuah untuk mara dengan agregat 6-2.
Gol Johor FC dijaringkan oleh
Mohd. Khaidir Md. Dom (13), Eddy Helmi Manan (23) dan Mark Terrence Hagger (73)
dan gol Melaka dihasilkan oleh K. Nanthakumar (16) dan Halim Jantan (70).
Telekom Melaka meraih kemenangan
agregat besar dengan 5-0 ke atas JKR Kedah selepas menang 3-0 di Stadium
Darulaman, Alor Setar.
Tiga gol Telekom Melaka
disumbangkan oleh Khairul Anuar Baharom (15), Sri Jaafar Rahman (27) dan G.
Saravanan Kumar (83).
Di Stadium MPPJ, Sabah diikat 1-1
oleh MPPJ Selangor tetapi mara dengan agregat 6-2.
Josiah Seton sekali lagi
menggegar jaring MPPJ Selangor minit ke-43 tetapi Khairul Anhar Daam menyamakan
kedudukan minit ke-54.
Kuala Lumpur dan Johor terpaksa
mengharungi penentuan sepakan penalti selepas masing-masing terikat agregat.
Kuala Lumpur menang penalti 4-1
ke atas Perak TKN di Stadium Perak manakala Johor menang penalti 5-4 ke atas KL
Malay Mail di Stadium KLFA, Cheras.
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0306&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4bxULTniq©
Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan