Selasa, 21 Mac 2017

Perak ketuai lapan pasukan mara


ARKIB : 06/03/2
 PERAK mengetuai lapan lagi pasukan melangkah ke pusingan kedua bola sepak Piala FA selepas perlawanan kedua pusingan pertama dengan Perlis di Stadium Utama, Kangar semalam berkesudahan seri 1-1 yang menyaksikan dua pemain tuan rumah dibuang padang.

Perak mara dengan agregat 6-4 selepas juara Piala Malaysia itu menang 5-3 pada pertemuan pertama di Ipoh bulan lalu.

Skuad Seladang memperoleh gol pembukaan menerusi Indra Putra Mahayuddin minit ke-25 tetapi Perlis menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Nazzab Hidzan minit ke-54.

Anuar Jusoh dan Amirul Jufri Jalil dibuang padang pada minit ke-35 dan 80.

Pahang turut mara dengan agregat besar 7-3 ke atas TNB Kelantan selepas aksi di Stadium Sultan Mohd. IV, Kota Bharu memihak kepada Tok Gajah dengan kemenangan 3-1.

Gol Pahang dijaringkan oleh Nurhapiza Bashri minit ketiga, Hairulnizam Man (25) dan Ahmad Shahruddin Rosdi (53) manakala gol tunggal TNB Kelantan dijaringkan oleh Azrul Amri Burhan (36).

Kelantan mengiringi Perak dan Pa-hang ke pusingan kedua selepas mengatasi NS Chempaka dengan agregat 4-2 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Saifulizam Hashim membuka jaringan untuk NS Chempaka pada minit ke-50 tetapi Woorawoot Sirimaka menyamakan kedudukan dua minit kemudian.

Kedah tidak menghadapi masalah apabila mara dengan agregat 8-1 selepas menang 2-1 ke atas Polis di Stadium Selayang.

Gol Kedah dijaringkan Rafdi Rashid (26) dan Ahmad Nizam Mahathir (29) dan Polis membalas menerusi Mohd. Izwan Baharuddin (81).

Pasukan kelab, Johor FC menundukkan Melaka 3-2 di Stadium Hang Tuah untuk mara dengan agregat 6-2.

Gol Johor FC dijaringkan oleh Mohd. Khaidir Md. Dom (13), Eddy Helmi Manan (23) dan Mark Terrence Hagger (73) dan gol Melaka dihasilkan oleh K. Nanthakumar (16) dan Halim Jantan (70).

Telekom Melaka meraih kemenangan agregat besar dengan 5-0 ke atas JKR Kedah selepas menang 3-0 di Stadium Darulaman, Alor Setar.

Tiga gol Telekom Melaka disumbangkan oleh Khairul Anuar Baharom (15), Sri Jaafar Rahman (27) dan G. Saravanan Kumar (83).

Di Stadium MPPJ, Sabah diikat 1-1 oleh MPPJ Selangor tetapi mara dengan agregat 6-2.

Josiah Seton sekali lagi menggegar jaring MPPJ Selangor minit ke-43 tetapi Khairul Anhar Daam menyamakan kedudukan minit ke-54.

Kuala Lumpur dan Johor terpaksa mengharungi penentuan sepakan penalti selepas masing-masing terikat agregat.

Kuala Lumpur menang penalti 4-1 ke atas Perak TKN di Stadium Perak manakala Johor menang penalti 5-4 ke atas KL Malay Mail di Stadium KLFA, Cheras.

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0306&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4bxULTniq© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan