ARKIB : 26/02/2009
PETALING JAYA - Layak ke suku
akhir dan menang ke atas juara bertahan masih belum cukup buat pengendali
UPB-MyTeam, Bojan Hodak selepas menyingkirkan Kedah dalam saingan pusingan
kedua Piala FA, kelmarin.
Jurulatih dari Croatia itu
menganggap saingan suku akhir masih belum cukup untuk peminat mengingati apa
yang telah dicapai oleh MyTeam, sebaliknya mara ke peringkat yang lebih tinggi.
"Suku akhir, tidak akan
sesiapa yang akan mengingati peristiwa ini, mungkin mara ke pusingan yang lebih
baik lebih bermakna buat kami dan pasukan," katanya pada sidang akhbar
selepas perlawanan di Stadium Petaling Jaya, kelmarin.
Jelasnya, barisan pemain muda
yang dimilikinya ternyata mempunyai keyakinan tinggi, lebih-lebih lagi selepas
menewaskan Selangor dalam Liga Super minggu lalu.
"Kemenangan ke atas
Selangor memberi keyakinan kepada mereka terutama di barisan pertahanan yang
bermain dengan baik sekali.
"Bagaimanapun saya masih
tidak berpuas hati terhadap jentera serangan yang kurang menyengat selepas
terlepas beberapa peluang untuk menjaringkan gol," kata Bojan.
Menurutnya, taktik sama
digunakan oleh Kedah membolehkan anak buahnya membaca serangan yang dilakukan
oleh anak buah Azraai Khor Abdullah itu.
"Mereka sering menggunakan
hantaran jauh tetapi hari ini (kelmarin) kami menggunakan kesempatan untuk
mematahkan segala serangan yang dilakukan walaupun kami mengambil sedikit masa
untuk menyesuaikannya," jelasnya.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0226&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz522aHcBXF
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan