ARKIB : 08/07/1998
P. Pinang terkeluar
KECEMERLANGAN lalu gagal
diulangi Pulau Pinang yang tewas menerusi sepakan penalti 2-4 untuk merelakan
Sabah ke separuh akhir Piala FA selepas suku akhir pusingan kedua berakhir di
Stadium Bandaraya malam tadi.
Merzagua Abderrazak yang
memastikan kemenangan 1-0 Pulau Pinang malam tadi untuk mengikat agregat 1-1,
sebaliknya menjadi pemusnah selepas gagal menyempurnakan penalti bersama
seorang lagi pemain, Ooi Hoe Guan.
Bagaimanapun Sabah, yang menang
1-0 perlawanan pertama mendahului apabila sepakan penalti berjaya disempurnakan
Mohd. Jaya Kassim, David Rocastle, Azlan Aripin dan Vaselic Kovasevic.
Sementara Balla Modou Conde dan
S. Nanthakumar menyempurnakan penalti Pulau Pinang, tetapi ia tidak memadai
untuk menyekat Sabah.
Babak pertama ternyata
membosankan. Tanpa Domi Che Non, Pulau Pinang menyandarkan harapan kepada G.
Shanmugan dan Merzagua tetapi gol yang diharapkan tidak kunjung tiba. Namun,
kesilapan pertahanan Sabah menyaksikan Merzagua mudah mencuri bola dari kaki
Jelius Ating sebelum membuat gerakan solo untuk menyepak masuk jaringan seminit
kemudian.
Ketinggalan 0-1 memaksa Sabah
bekerja keras mencari gol penyamaan. Kedua-dua pasukan terus gagal menghasilkan
gol pada masa tambahan.
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0708&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_07.htm#ixzz4K2jVRD8V
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan