ARKIB : 16/08/1998
JOHOR yang gagal menempah
tempat ke Piala Malaysia mencipta sejarah tersendiri apabila muncul juara bola
sepak Piala FA selepas menewaskan Sabah 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium
Likas, Kota Kinabalu malam tadi.
Pemain import dari Australia,
Milan Blagojevic muncul sebagai wira pasukan dari Selatan itu apabila menyumbat
masuk gol kemenangan pada minit ke-31.
Tendangan kencang Blagojevic
dari jarak kira-kira 30 meter melepasi jangkauan penjaga gol, Khairul Azman
Mohamad.
Jaringan itu merupakan hadiah
istimewa bagi pemain kelahiran Yugoslavia itu. Khamis lalu, dia menerima
perkhabaran baik daripada bapanya di Sydney yang memberitahu bahawa isterinya,
Malina di Sydney melahirkan anak lelaki.
Kira-kira 20,000 penonton
membanjiri stadium Likas dan ia adalah jumlah terbesar berbanding
perlawanan-perlawanan yang membabitkan Sabah dalam perlawanan liga di
gelanggang berkenaan.
Sabah lebih banyak mengasak
diawal permainan tetapi Johor berjaya mencuri peluang untuk gol pendahuluan.
Perlawanan agak seimbang dan
Sabah yang ketinggalan berusaha untuk bangkit.
Peluang terbaik Sabah hanya
diperolehi pada minit terakhir separuh masa pertama tetapi Jelius Ateng
mempersia-siakan hantaran Yap Wai Loon apabila melakukan tandukan lemah yang
berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Johor, Omar Salim.
SABAH: Khairul Azman Mohamad,
Jainin Tinin, Burhan Ajui, Veselin Kovacevic, Abdullah Awang Hadi, Suharmin
Yusof, David Rocastle, Mohd. Jaya Kassim, Musa Hendrik, Yap Wai Loon, Jelius
Ateng.
JOHOR: 13- Omar Salim, Rizal
Sukiman (4), 6 Salim Khamis, 7-Idris Karim, 8- Darren Stewart, 14-Rosdee
Sulong, 15- Azmil Azali, 18- Md. Zakir Othman, 19- Azmi Mohamed, 20- Milan
Blagovic, 21- Rizal Zambry Yahya.
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0816&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_03.htm#ixzz4KFRfHLRR
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan