ARKIB : 24/02/2005
KETUA pasukan Pahang, Hairuddin
Omar (kiri) dihalang oleh pemain Selangor, Brian Fuentes dalam saingan bola
sepak Piala FA di Stadium Shah Alam, semalam. Selangor menang 4-1.
SHAH ALAM - Pelaburan besar
Selangor mendapatkan pemain berkualiti tidak sia-sia apabila mudah menjinakkan
kehebatan Pahang menerusi kemenangan selesa 4-1 dalam saingan pusingan pertama
Piala FA di Stadium Shah Alam, di sini, semalam.
Di hadapan kira-kira 45,000
penyokong Selangor mendapat gol menerusi Khalid Jamlus (m11), Brian Fuentes
(m84) dan Bambang Pamungkas (m19, m47).
Di Stadium Tuanku Abdul Rahman,
Paroi, Kedah menewaskan Negeri Sembilan 3-0 hasil jaringan Shandel Samuel (m17)
dan dua jaringan Akmal Rizal Rakhli (m67, 84).
Juara bertahan, Perak pula
sekadar menang tipis 1-0 ke atas kelab kerdil, MPSJ di Stadium Perak, Ipoh
hasil jaringan Keita Mandjou (m33).
Pasukan Liga Super, Sabah pula
mendahului awal sebelum dikejutkan oleh kelab kerdil, NTFA Pulau Pinang 3-1 di
Stadium Negeri di Batu Kawan.
Sabah memperoleh gol pendahulu
menerusi Ronny Harun pada minit ke-39 hanya untuk dikecewakan pada babak kedua
oleh jaringan Darlington Agbona (m50), Iloduso Sam (m56) dan Amarin Madlan
(m79).
Di Stadium Hang Jebat, Melaka,
Kelantan menggunakan kesempatan menentang skuad tuan rumah yang bermain dengan
10 orang untuk menang 1-0.
Melaka kehilangan Mohd. Hafiz
Monsir pada minit ke-32 dan enam minit kemudian Mohd. Faizol Che Noh menjaringkan
gol tunggal perla-wanan.
Di Stadium Bandaraya, Pulau
Pinang menewaskan Sarawak 2-0.
Pemain import Pulau Pinang dari
Jepun, Ito Dan membuka tirai jaringan menerusi gol minit ke-33 sebelum Jose
Marcio Barreto menambah jaringan pada minit ke-66.
Di Stadium Sultan Ismail
Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, pasukan tuan rumah mengalahkan Majlis
Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) 2-1.
Gol Terengganu dihasilkan Dos
Santos (m59) dan Zairi Anuar Zalani (m79) manakala jaringan MPPJ oleh Fabricio
Rene (m66).
Di Stadium Larkin, Johor
terikat 1-1 dengan Johor FC. Johor mendapatkan gol menerusi Md. Shahril Nizam
Khalil pada minit ke-75 sebelum disamakan kedudukan oleh Eddy Helmi Manan pada
minit ke-90.
Di Stadium Pasir Gudang, tuan
rumah Johor Pasir Gudang menewaskan PKNS 4-3.
Pasir Gudang memperoleh gol
menerusi Stephen Vasey (m1), Khairul Anuar Shukor (m40), gol sendiri Igor Talic
(m58) dan Mohd. Fadzli Ramli (m64) manakala PKNS membalas menerusi Talic (m35),
Mohizan Shah Daud (m74) dan Latif Taib (m86).
Di Stadium Kuala Lumpur,
Cheras, pasukan pelawat Telekom Melaka menewaskan Kuala Lumpur 1-0 hasil
jaringan Mohd. Nizam Abu Bakar (m76).
Di Stadium Nasional, Bukit
Jalil, naib juara Liga Super musim lepas Selangor Public Bank menewaskan Polis
3-0.
`The Bankers' mendapat gol
menerusi pemain import dari Slovakia, Gustavo Anbres Fuentes (m18, 49) dan
Rashid Mahmud (m22).
Di Stadium Mindef, Tentera seri
1-1 dengan Maju Holdings.
Pasukan pelawat, Maju Holdings
mendahului menerusi Mohd. Iqbal Nasir (m41) sebelum Musabri Mat Nayan
menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-88.
Di Stadium Universiti Teknologi
Mara (UiTM), Shah Alam, pasukan Shahzan Muda mengalahkan Selangor Proton 4-0.
Kesemua gol Shahzan Muda
dijaringkan pemain import dari Argentina, Daniel (m14,33, 64, 74).
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0224&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4husVdKqj
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan