ARKIB : 06/06/2011
Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my
Berdasarkan rekod pertemuan musim lalu, ia berpihak
Red Warriors apabila menumbangkan skuad Penyu 3-0 pada pusingan kedua, selepas
hanya seri tanpa jaringan di Kuala Terengganu.
Namun musim ini ceritanya berbeza apabila kedua-dua
pasukan berkongsi mata pada perlawanan pertama di Stadium Sultan Muhammed IV,
awal Februari lalu.
Tugas sukar menanti pengendali Kelantan Datuk
M.Karathu untuk merencanakan ramuan terbaik untuk memastikan Red Warriors
membawa pulang tiga mata dalam usaha untuk mengukuhkan cengkaman tangga teratas
Liga Super.
Meskipun turun tanpa penjaga gol utama, Khairul
Fahmi Che Mat serta pertahanan kental, Zairul Fitree Ishak yang digantung, ia
tidak menjejaskan peluang Red Warriors.
Ketiadaan Khairul Fahmi membuka peluang kepada
Mohd. Shahrizan Ismail.
Begitu juga dengan posisi Zairul Fitree, yang akan
diambil alih oleh Abdul Aziz Ismail.
Kembalinya, Dausu Jamaludin daripada penggantungan,
akan memantapkan semula pertahanan Kelantan bersama Mohd. Farisham Ismail, S.Subramaiam
serta Abdul Aziz Ismail.
Mereka mampu mengekang jentera serangan tuan rumah
yang diketuai oleh penjaring terbanyak Liga Super, Abdul Hadi Yahya dan Abdul
Manaf Mamat.
Kelibat penggempur sensasi kebangsaan, Norshahrul
Idlan Talaha bersama gandingan S.Chanturu sekali lagi ditagih oleh peminat Red
Warriors untuk menembusi benteng pertahanan tuan rumah seterusnya mengecewakan
Mohd. Sarbinee Alaweedi di gawang gol Terengganu.
Berlainan pula bagi pengendali Terengganu, Irfan
Bakti Abu Salim, selepas dimalukan 0-1 oleh Kedah pada perlawanan lalu, mereka
pastikan berjuang berhabis-habisan, untuk merampas puncak liga.
Turun tanpa kelibat dua tonggak iaitu perancang
tengah Mohd. Assahari Samsudin yang digantung serta pemain pertahanan Helmi
Rameli, yang menyarung jersi skuad Olimpik negara, ia bukan masalah besar buat
pengendali berpengalaman itu.
Kelibat Marzuki Yusoff pastinya akan ditagih untuk
mengekang jentera serangan Kelantan.
Gandingan Joseph Kalang Tie, Ismail Faruqi Asha'ri
dan Reeshafiq Alwi akan merencanakan jentera tengah Terengganu.
Ketajaman penyudah Abdul Hadi Yahya pastinya
ditagih oleh Terengganu untuk terus meledakkan gol. Pengalaman yang diraih
bersama Harimau Malaya pada perlawanan dengan Hong Kong Jumaat lalu pasti akan
gunakan sebaik mungkin dalam perlawanan ini.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0606&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz5eM3kFsc3
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan