ARKIB : 24/09/2005
PETALING JAYA Ñ Perak
menjanjikan persembahan paling mantap dan tidak akan membiarkan Selangor
merangkul Piala FA pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, malam ini.
Laungan keyakinan itu
dilontarkan oleh jurulatih Toni Netto yang menyifatkan ketiadaan dua tonggak
utama, ketua pasukan, K. Nanthakumar dan penyerang Frank Seator tidak sama
sekali menjejaskan rentak dan corak Perak untuk meleburkan impian Selangor.
``Saya menjadi jurulatih Perak
sejak tahun 2002 dengan silih berganti skuad saya tidak ketinggalan mengukir
kejayaan.
``Tahun lalu Perak menang Piala
FA dan tahun ini kita mara lagi dengan pengalaman lalu dan tidak akan
menghampakan impian untuk menewaskan Selangor,'' ujar Netto dalam sidang akhbar
di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini, semalam.
Wajah Netto jelas tidak
membayangkan keresahan walaupun menyedari Selangor jelas memiliki segala
kelebihan apa lagi bermain di gelanggang sendiri.
Buat jurulatih berasal dari
Brazil itu, kelebihan milik Selangor yang bermain di gelanggang sendiri
langsung tidak mengundang rasa gentar.
``Kami datang untuk menang,
mana ada jurulatih layak ke akhir tidak mahu menang, saya cukup pasti Perak
boleh melakukannya,'' tegasnya.
Beliau mengakui Selangor
memiliki kesebelasan utama paling mantap tetapi Perak tidak kurang hebatnya
untuk menyaingi setiap pergerakan pemain Merah Kuning.
Netto menambah, barisan pemain
skuadnya tampak tambah bersemangat dan tidak sabar untuk berdepan dengan
Selangor.
Netto menambah, skuad Perak
sesekali tidak gentar beraksi di tempat lawan malah akan berjuang habis-habisan
untuk menjadi juara.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0924&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4j3KbKwk4
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan