ARKIB : 29/03/2006
KUALA LUMPUR - Tiga pasukan,
Sarawak, Terengganu dan Negeri Sembilan Naza hampir memastikan tempat ke suku
akhir, apabila memulakan perlawanan kedua pusingan kedua Piala FA malam ini.
Bermain di tempat sendiri
menjadi kelebihan buat ketiga-tiga pasukan itu untuk mempertahankan kelebihan
jaringan gol yang diperoleh pada perlawanan pertama pertengahan bulan lalu.
Terengganu menewaskan MPPJ 3-0
manakala Negeri Sembilan Naza pula menang dengan jaringan yang sama ke atas
Telekom pada perlawanan pertama.
Berbekalkan tiga jaringan
peluang kedua-dua pasukan itu tampak cerah melangkah mudah ke suku akhir apa
lagi bermain di tempat sendiri.
Begitu juga dengan Sarawak yang
menewaskan PKNS 3-1, bekalan dua gol menanti kunjungan pelawat malam ini masih
dianggap selesa mengikut jejak langkah Terengganu dan Negeri Sembilan Naza.
Penyandang juara, Selangor dan
naib juara, Perak yang masing-masing tersentak dengan kekalahan tipis 1-0
kepada Pahang serta Kelantan, peluang untuk melangkah ke suku akhir masih belum
tertutup.
Selangor dan Perak pastinya
mengharapkan kelebihan bermain di gelanggang sendiri mampu merubah keputusan
pada perlawanan pertama.
Buat Selangor yang kini kembali
dengan rentak kemenangan selepas menewaskan Perlis 1-0 dalam saingan Liga Super
Sabtu lalu, masih berpeluang menyekat Pahang daripada melangkah ke suku akhir.
Kembalinya Bambang Pamungkas
selaku penjaring gol pastinya menjadi suntikan semangat buat Selangor untuk
menewaskan Pahang.
Namun buat Perak yang tewas 5-1
dibelasah oleh Negeri Sembilan Naza dalam Liga Super Sabtu lalu, keupayaan
mereka menjadi tanda tanya untuk memadamkan kelebihan satu jaringan milik
Kelantan.
Tempoh 90 minit adalah masa
yang perlu digunakan sepenuhnya oleh anak didik Steve Darby untuk menyekat
Kelantan daripada melangkah ke suku akhir.
Perlis bekas naib juara 2003
turut berdepan tugas getir selepas mereka hanya mampu mencatat keputusan seri
0-0 dengan ATM pada saingan pertama di gelanggang sendiri.
Bertandang di tempat lawan
malam ini adalah peluang terbaik buat Perlis untuk menggunakan semua pengalaman
yang ada bagi memastikan langkah ke suku akhir tidak disekat oleh pasukan
kerdil seperti ATM.
Johor perlu menggunakan
kelebihan bermain di gelanggang sendiri menanti kunjungan skuad Singapura Bawah
23.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0329&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4kpr4ASr5
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan