Memaparkan catatan dengan label PIALA FA 2016. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PIALA FA 2016. Papar semua catatan

Jumaat, 15 April 2016

TERKINI PKNS 0-0 PERAK

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
PKNS  0-0 Perak
PEMAIN PKNS
01 G.JEEVANATHAN
05 SHAHRUL AZHAR TURE
07 SHAHURAIN ABU SAMAH
08 KHAIRUL AZRIN KHAZALI
11 NAZRIN SYAMSUBAHARI
12 GONZALO SOTO
14 JUAN MANUEL CORBELLI
15 P.GUNALAN
18 M.SIVAKUMAR
20 GABRIL GEURRA

30 MATIAS HADWA

Sabtu, 5 Mac 2016

KUALA LUMPUR GAH KE SUKU AKHIR

 
MUHAMAD HAFIZ (kiri) menjaringkan PIALA FA 2016 satu gol ketika membantu Kuala Lumpur menewaskan Perlis 2-0 pada aksi pusingan ketiga Superbest Power Piala FA di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar malam tadi.

KUALA LUMPUR semakin memberi gambaran jelas bahawa mereka adalah pencabar utama saingan Liga Malaysia (Liga M) apabila berjaya meneruskan rekod tanpa kalah selepas menumpaskan Perlis yang dibimbing pengedali berpengalaman, Dollah Salleh, 2-0 dalam aksi Superbest Power Piala FA di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar malam tadi.

Dua jaringan pantas pada babak pertama yang dijaringkan oleh Fahrul Razi Kamaruddin dan Muhamad Hafiz Johar pada minit ke-20 dan ke-25 memberikan slot suku akhir untuk skuad bimbingan Ismail Zakaria itu dan keputusan kekal sehingga tamat perlawanan.

Di Stadium Hang Jebat, Melaka, PKNS sekali lagi mencipta kejutan apabila menyingkirkan pasukan Liga Super, Felda United dengan keputusan berpihak kepada pesaing Liga Premier itu 3-2.

Gol-gol skuad kendalian E. Evalarasan itu dijaringkan oleh dua penyerang import, Gabriel Guerra (m-49) dan Matias Jadue (m-66) sebelum Nazrin Syamsul Bahri menghadiahkan gol ketiga pada minit ke-70. Sementara itu, Forkey Doe dan Hadin Azman menjaringkan gol untuk pasukan pelawat.

Di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah menggunakan kelebihan selaku tuan rumah apabila menempah slot ke suku akhir selepas menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2-1.

Skuad The Rhinos membuka tirai jaringan pada minit ke-12 menerusi sentuhan penyerang import, Prince Touchukwu Nnake.

Pasukan pelawat berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-22 menerusi Muhammad Faiz Ibrahim, namun pemain sayap, Maxius Musa kembali menggembirakan penyokong tuan rumah dengan jaringan kemenangan Sabah pada minit ke-47.

Di Stadium Perak, Ipoh, The Bos Gaurus pula menewaskan Kuantan FA 1-0 menerusi jaringan tunggal Vokhid Shodiev seawal minit ketiga selepas menerima hantaran cantik daripada Elias Fernandes De Oliveira.

Lawan mereka pada aksi suku akhir akan diketahui hari ini.

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0306&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz424ruXIht Hakcipta terpelihara

Jumaat, 4 Mac 2016

JADUAL PUSINGAN KETIGA PIALA FA 4.3.2016


Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
PDRM lawan Sabah  

JDT lawan Negeri Sembilan

Kedah lawan Kelantan


Sabtu, 20 Februari 2016

KEPUTUSAN MASA PERTAMA PUSINGAN KEDUA PIALA FA


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Sabah                   3 – 0 KL MOF FC
m-24 Rozaimie Rohi
m-55 Prince Nnake
m-69 Maxsius Musa

Pautan Sumber: mysumber.com

Kelantan          0 – 0 UKM FC

Felda United   0 – 0  PB Ipoh

Kuala Lumpur 1 – 0 Melaka
m-4 Casagrande         

Perak   0 – 1 Sarawak
                  m-17 J. Parthiban

Kuantan FA    0 – 0 Pulau Pinang


Shahzan Muda FC      0 – 0 ATM