ARKIB : 01/03/2006
KUALA LUMPUR - Dua gol menerusi
pemain import, Ben Newton Katanha membantu MPPJ mengesahkan kemaraan ke
pusingan kedua setelah mencapai keputusan seri 2-2 dengan KL Plus FC dalam
saingan kedua pusingan pertama Piala FA di Stadium Selayang, semalam.
Keputusan seri tersebut sudah
cukup buat anak didik B. Sathianathan mara ke pusingan kedua menerusi agregat
5-3 setelah menang 3-1 pada pusingan pertama 8 Februari lalu.
MPPJ menjadi pasukan kedua
layak ke pusingan seterusnya mengiringi skuad Singapura bawah 23 tahun yang
menewaskan Shahzan Muda dengan agregat 6-2.
Penyerang import KL Plus FC,
Unchenna Goadwin Eze mengejutkan MPPJ menerusi jaringan pada minit ke-17.
MPPJ yang terdesak dengan
jaringan awal itu kembali mengasak dan Ben Katanha menemui sentuhan apabila
rembatan kencangnya menggegar jaring tuan rumah untuk mengikat kedudukan 1-1.
Namun, dua minit selepas babak
kedua berlangsung Ben Kantanha meledakkan jaringan kedua mengatasi tuan rumah
2-1.
MPPJ yang tertekan seketika
dengan asakan lawan seakan lega untuk mengukir kemenangan kedua namun sepakan
lencong dari luar kotak penalti Norismaidham Ismail lima minit sebelum tamat
memastikan kedudukan terikat 2-2.
Jurulatih MPPJ, Sathianathan
melahirkan rasa lega dengan keputusan seri 2-2 sekali gus memastikan pasukannya
mara ke pusingan kedua.
``Perlawanan hari ini (semalam)
sekadar untuk melengkapkan jadual dan saya tidak mahu menekan pemain untuk
bermain mati-matian,'' ujarnya selepas perlawanan.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0301&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4knHyvAii
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan