ARKIB : 09/02/2006
Pemain Pahang, Jalaluddin Abu
Jaafar (depan) diasak oleh pemain KL Kesas, Khairul Adzuan Abd. Kadir pada
perlawanan Piala FA di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam tadi.
Pahang menang 6-0.
KUALA LUMPUR - Tujuh pasukan
daripada Liga Super tidak menghadapi laluan sukar melainkan Pulau Pinang
apabila melepasi ujian pertama untuk memahatkan kemenangan awal pada saingan
pusingan pertama Piala FA bermula semalam.
Hanya Pulau Pinang akur dengan
kehebatan Kelantan apabila tewas 0-2 di Stadium Sultan Mohd. Ke-IV.
Dalam saingan lain, kejutan
hanya berlaku apabila pendahulu Kumpulan B Liga Perdana Melaka menerima kejutan
tewas 4-0 kepada NTFA yang menduduki tangga terbawah Kumpulan A di Stadium
Negeri Batu Kawan.
Tujuh pasukan Liga Super yang
mencatat kemenangan selesa ialah Selangor, Perak, Pahang, Negeri Sembilan,
Telekom Melaka, Perlis dan MPPJ.
Empat gol menerusi Bambang Pamungkas pada minit ke-15,
25, 39 dan 85 sudah cukup menceriakan kembali Selangor untuk mempertahankan
gelaran yang dijulang musim lalu.
Naib juara Perak pula cemerlang menjinakkan Kuala Lumpur
di Stadium Perak.
Pahang yang belum menjulang Piala FA mencipta kemenangan
berpesta gol apabila menewaskan pasukan berstatus kelab, Kesas 6-0 di Stadium
Darul Makmur.
Josiah Seton mencipta hatrik diikuti oleh dua jaringan
pemain kebangsaan, Indra Putra Mahayuddin mencipta dan satu gol menerusi Subri
Sulong.
Perlis juga turut mencatat kemenangan 2-1 ke atas Kedah
di Stadium Darul Aman.
Dua gol menerusi Philimon Chepita pada minit ke-83 dan 89
sudah cukup menceriakan Perlis yang akan menanti kunjungan Kedah di gelanggang
sendiri pada 1 Mac nanti.
Gol tunggal Kedah dijaringkan oleh Paulo Roberto da Silva
pada minit ke-41.
Telekom Melaka turut bergaya apabila menewaskan bekas
juara 1995, Sabah 3-0 di Stadium Hang Jebat.
Begitu juga dengan pendahulu Liga Super, MPPJ tidak
berdepan tugas rumit apabila mudah mengetepikan cabaran KL Plus dengan
kemenangan 3-0 di Stadium Petaling Jaya.
SUMBER-Artikel
Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz44qplMkbI © Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan