Ahad, 4 September 2016

Chempaka temua Perak pusingan kedua

ARKIB : 06/05/1998
Chempaka temua Perak pusingan kedua
CHEMPAKA Negeri Sembilan mara ke pusingan kedua bola sepak Piala FA apabila menang menerusi agregat 4-2 selepas mencatat kejayaan 2-1 ke atas Tentera pada perlawanan kedua pusingan pertama di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi.

Chempaka yang berbekalkan satu gol selepas menang 2-1 di Paroi pada perlawanan pertama, memperoleh jaringan menerusi Yusafizan Johar pada minit ke-47 dan A. Ravichandran menambah gol kedua minit ke-68. Gol tunggal Tentera dijaringkan oleh Mohd. Rosdi Tahir minit ke-88.

Chempaka akan bertemu Perak pada perlawanan pertama pusingan kedua di Ipoh, 19 Mei ini.

Pasukan tuan rumah menguasai permainan dengan kerap membuat asakan ke kubu lawan tetapi penyudah yang lemah gagal mengubah kedudukan. Tiada sebarang percubaan menarik daripada kedua-dua pasukan dengan bola lebih banyak berlegar di tengah padang.

Bagai sesuatu yang menyuntik semangat Chempaka apabila bertindak garang babak kedua dengan permainan lebih agresif.

Hanya dua minit sebaik babak kedua bermula, gawang Tentera bergegar apabila hantaran lintang Mohamad Rizal Harun disambar kemas oleh Yusafizan yang tidak dikawal untuk gol pembukaan.

Jaringan Yusafizan menyemarakkan semangat rakan dengan serangan demi serangan diatur. Yusafizan berpeluang menambah jaringan pada minit ke-63 tetapi gagal menolak masuk ke gawang selepas mendapat hantaran cantik Stephen Abarowei.

Begitupun, Chempaka terus mengasak ke pintu gol Tentera dan Ravichandran menggembirakan pasukan dengan gol kedua hasil percubaan dari jarak 20 meter yang menuju tepat ke penjuru gawang Tentera.

Namun, dua minit sebelum permainan tamat, Rosdi merapatkan kedudukan apabila menolak masuk selepas berlaku perebutan di depan gawang Chempaka tetapi jaringannya gagal mengubah kedudukan.

Sementara itu di Stadium Merdeka, Polis mara ke pusingan kedua selepas menang dengan agregat 4-3 ke atas Malay Mail.

Pada perlawanan kedua malam tadi, Polis menang 3-1. Polis mendahului menerusi Darul Nazri Daniyan pada minit ke-10 yang merembat masuk tendangan sudut oleh ketua pasukan Polis, Zulkhairi Mohd. Zabidi menewaskan penjaga gol Malay Mail, M. Pavalamani. Polis yang tewas 1-2 pada pertemuan pertama menghasilkan gol kedua menerusi El Mustaffa Azour pada minit ke-24.

Sepuluh minit kemudian, pemain gantian Malay Mail, Robert Paul menjaringkan gol untuk mengikat agregat 3-3. Darul Nazri menjaringkan gol kemenangn Polis minit ke-78.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu menewaskan Johor FC 2-1.

Namun kemenangan itu belum cukup untuk tuan rumah menghalang Johor FC daripada meneruskan kemaraan ke pusingan kedua dengan kelebihan agregat 3-2.

Pada pusingan pertama Johor FC menang 2-0. Pemain import Johor FC, Aytek Genc memulakan jaringan pada minit ke-39 untuk mendahului 1-0.

Menyedari lawanya semakin kukuh dengan kelebihan agregat 3-0 Terengganu menggandakan asakan menerusi Badrul Hisham Abdullah dan juga Jozsef Kovach yang akhirnya berjaya menyamakan kedudukan seminit sebelum rehat menerusi Anuar Jusoh.

Babak kedua ternyata menjadi milik Terengganu dengan gerakan-gerakan yang bahaya Badrul Hisham, Anuar, Kovach berjaya memecah kubu lawan.

Gerakan Anuar Jusoh pada minit ke-73 berjaya meletakkan Terengganu dihadapan, hantarannya mudah disudahi oleh Sapian Wahid yang tidak dikawal.

Pada perlawanan lain di Stadium Kubu, Melaka turut layak menerusi agregat 8-3 selepas menumpaskan Melaka Telekom dengan 4-2.

Gol Melaka diperolehi menerusi jaringan Arfandy Lokman pada minit ke-41, John Onwudegu (52), Belle Belle Yves (61) dan S. Sivaram minit ke-73.

Gol Melaka Telekom pula dijaringkan oleh Isaac Kuffour (25) dan Manzoor Azwira Wahid minit ke-88).

Melaka Telekom bagaimanapun tidak mudah putus asa dan merapatkan jurang gol untuk keputusan 4-2 hasil jaringan Manzoor Azwira Wahid, dua minit sebelum perlawanan tamat.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0506&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_02.htm#ixzz4JHDIm8Re © Utusan Melayu (M) Bhd

Sabtu, 3 September 2016

Johor FC malukan Terengganu

ARKIB : 22/04/1998
Johor FC malukan Terengganu
JOHOR FC yang belum tewas dalam Perdana Dua menewaskan pendahulu liga itu, Terengganu 2-0 dalam pusingan pertama bola sepak Piala F.A di Stadium Larkin, Johor, malam tadi.

Gol pertama Johor FC dijaringkan oleh Fuad Adam pada minit ke-55 melalui satu tendangan hasil umpanan Armi Shariff dan gagal diselamatkan oleh penjaga gol Terengganu, Zubir Ibrahim.

Pemain gantian Johor, Junaidi Latip yang dimasukkan bagi menggantikan Aytec Genc pada minit ke-59, menjaringkan gol kedua Johor FC pada minit ke-68.

Sembilan minit kemudian Junaidi yang berjaya menewaskan pemain Terengganu, Mustaffa Kamal mengelecek lalu merembat bola ke gawang setelah mendapat hantaran dari Armi Shariff dan gagal diselamatkan oleh Zubir.

Terengganu yang berjaya memasuki peringkat separuh akhir Piala FA tahun lalu tidak membuat serangan-serangan yang berbahaya sebaliknya banyak bertahan.

Pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan bermain dengan agak lembap dan Terengganu hampir menjaringkan gol pertama pada minit ke-3 hasil tandukan Joszef Kovach setelah mendapat hantaran Anuar Jusoh tetapi tersasar.

Terengganu terus mengasak dan pada minit ke-16, Joszef sekali lagi mendapat peluang terbaik setelah salah faham antara pertahanan Johor FC, Suhaimi Jamil dan Mirco Jurilj berlaku di luar kotak penalti.

Johor FC kemudian membuat satu percubaan pada minit ke-27 melalui Ramlan Sarman hasil gerakan Aytec Genc, bagaimanapun bola tendangan Ramlan melepasi palang gol.

Sementara itu, pasukan NS Chempaka mengejutkan juara Piala FAM, Angkatan Tentera (ATM) 2-1 pada pusingan yang sama di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.

Walaupun beraksi di tempat sendiri, NS Chempaka gagal memanfaatkan beberapa peluang terbuka untuk menjaringkan gol setelah kehilangan penyerang berbahaya Steven Aborowei.

NS Cempaka yang merupakan naib juara Piala FAM menghasilkan gol pertamanya pada minit ke-44 melalui Yustafizan Johar setelah menerima bola lantunan dan membuat sepakan kencang yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol, Aris Fadilah Aziz.

Pasukan tuan rumah memperoleh gol keduanya pada minit ke-53 melalui Mohd Khaidir Mohd. Dom.

ATM tertekan tetapi bangkit memberikan saingan apabila berjaya merapatkan jaringan pada minit ke-54 hasil tendangan penalti ketua pasukan, Azmi Mohd Nazir setelah pemain pertahanan NS Cempaka menjatuhkan Abdul Latib Mohd. Sharip dalam kawasan penalti.

Di Stadium Kubu, Melaka menewaskan Telekom Melaka 4-1 dalam perlawanan pertama pusingan awal.

Gol Melaka dijaringkan oleh Md. Nor Sheikh Ibrahim minit ke-65, Azmi Ariffin (70), Arfandy Lokman (88) dan bekas pemain Terengganu, Edward Dipreye pada minit ke-90 sementara gol tunggal Telekom Melaka melalui Isaac Kufour minit ke-80.

Di Stadium KLFA, Malay Mail menewaskan Polis 2-1 untuk mencerahkan peluang ke pusingan kedua.

Gol Malay Mail dijaringkan oleh K. Hemadass pada minit ke-58 dan Robert Paul Maniam minit ke-70 sementara jaringan tunggal Polis menerusi Okiyano Onyanbo pada minit ke-60.

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0422&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_04.htm#ixzz4JBbUa5dH © Utusan Melayu (M) Bhd

Sabtu, 14 Mei 2016

KEPUTUSAN MASA PERTAMA JOHOR DT 2-1 PKNS

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Johor         2-1  PKNS
m-16 Safiq Rahim m-6 Gabriel Guerra
m-36 Diaz
BARISAN PEMAIN JOHOR DT
24 IZHAM TARMIZI
12 S.KUNALAN
07 AIDIL ZAFUAN
06 MARCOS ANTONIO
21JASAZRIN JAMALUDDIN
26 AZNIE TAIB
08 SAFIQ RAHIM
02 AZAMUDDIN AKIL
11 JORGE PAREYRA DIAZ
19 JUAN MARTIN LUCERO
BARISAN  PKNS
01 G.JEEVANATHAN
24 NIZAM ABU BAKAR
15 P.GUNALAN
18 M.SIVAKUMAR
05 SHAHRUL AZHAR TURE
08 KHAIRU AZRIN
20 GABRIEL GUERRA
11 NAZRIN SYAMSUL BAHRI
14 JUAN MANUEL COBELLI
30 MATIAS JADUE
PEMAIN GANTIAN
    


TERKINI JOHOR DT 1-1 PKNS

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Johor         1-1  PKNS
m-16 Safiq Rahim m-6 Gabriel Guerra
BARISAN PEMAIN JOHOR DT
24 IZHAM TARMIZI
12 S.KUNALAN
07 AIDIL ZAFUAN
06 MARCOS ANTONIO
21JASAZRIN JAMALUDDIN
26 AZNIE TAIB
08 SAFIQ RAHIM
02 AZAMUDDIN AKIL
11 JORGE PAREYRA DIAZ
19 JUAN MARTIN LUCERO
BARISAN  PKNS
01 G.JEEVANATHAN
24 NIZAM ABU BAKAR
15 P.GUNALAN
18 M.SIVAKUMAR
05 SHAHRUL AZHAR TURE
08 KHAIRU AZRIN
20 GABRIEL GUERRA
11 NAZRIN SYAMSUL BAHRI
14 JUAN MANUEL COBELLI
30 MATIAS JADUE


JOHOR DT 0-1 PKNS

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Johor         0-1  PKNS
m-6 Gabriel Guerra
BARISAN PEMAIN JOHOR DT
24 IZHAM TARMIZI
12 S.KUNALAN
07 AIDIL ZAFUAN
06 MARCOS ANTONIO
21JASAZRIN JAMALUDDIN
26 AZNIE TAIB
08 SAFIQ RAHIM
02 AZAMUDDIN AKIL
11 JORGE PAREYRA DIAZ
19 JUAN MARTIN LUCERO
BARISAN  PKNS
01 G.JEEVANATHAN
24 NIZAM ABU BAKAR
15 P.GUNALAN
18 M.SIVAKUMAR
05 SHAHRUL AZHAR TURE
08 KHAIRU AZRIN
20 GABRIEL GUERRA
11 NAZRIN SYAMSUL BAHRI
14 JUAN MANUEL COBELLI

30 MATIAS JADUE

Jangan pandang rendah cabaran PKNS FC

13 MEI 2016
Safiq Rahim
 Safiq RahimReaksi Safiq selepas menjaringkan gol pertama hasil sepakan penalti. - Foto oleh KAMARUL AKHIR / www.asia na.my
KAPTEN Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim mengingatkan rakan sepasukan untuk tidak memandang rendah kemampuan PKNS FC apabila membuat perhitungan di pentas final Piala FA di Stadium Shah Alam, malam esok.

Menurut Safiq, kemampuan PKNS FC yang dibimbing E Elavarasan terbukti dengan kejutan yang dilakukan ke atas beberapa pasukan Liga Super seperti Terengganu FA, Felda United dan Perak sebelum mara ke final.

"Bagi saya, semua pemain PKNS FC berbahaya kerana mereka berjaya menewaskan beberapa pasukan Liga Super sama ada di laman sendiri atau tempat lawan.

"Gandingan pemain tempatan dan import yang ada dalam pasukan PKNS FC adalah terbaik," katanya pada sidang media pra-perlawanan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Safiq menjelaskan kejayaan mara ke final Piala FA boleh dianggap satu pencapaian membanggakan walaupun sedar peminat JDT sentiasa mengharapkan kejayaan dalam setiap perlawanan.

"Setiap perlawanan yang kami lalui memang ada tekanan tersendiri, namun yang penting, pemain ada karakter masing-masing seperti yang sering diperkatakan ketua jurulatih (Mario Gomez).

"Kalau kita (pemain) ada karakter tersendiri, saya yakin kami mampu atasi tekanan tersebut," jelas Safiq yang enggan meletakkan sasaran peribadi pada aksi final itu nanti.

Dalam pada itu, kapten PKNS FC, Shahrul Azhar Ture mengakui mereka begitu bersemangat untuk mencipta kejutan ke atas skuad Harimau Selatan selepas menewaskan beberapa pasukan Liga Super, sebelum ini.

"Saya berharap rakan sepasukan akan memberikan persembahan terbaik seperti yang dipamerkan dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

"Ia juga selaras dengan slogan pasukan 'Never Give Up, Never Surrender' yang diterap pemain dalam setiap perlawanan yang dihadapi," katanya.

Sebagai rekod, JDT sekadar muncul naib juara Piala FA pada 2013 setelah kalah 0-1 kepada Kelantan di final di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pasukan dari selatan tanah air itu pernah menjuarai Piala FA pada 1998 yang ketika itu dikenali sebagai Johor FA (kini dikenali sebagai JDT II). - Bernama

SUMBER-SINAR HARIAN 13.3.2016

Safiq mahu tebus kekecewaan 2013

13 Mei 2016 12:25 AM
Safiq Rahim
Safiq Rahim
JOHOR BAHRU 12 Mei – Selepas gagal dalam percubaan pertama untuk merangkul kejuaraan Piala FA pada 2013, kapten Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim bertekad untuk memastikan Harimau Selatan tidak kecewa lagi.
Katanya, hanya kemenangan ke atas PKNS FC di Stadium Shah Alam Sabtu ini mampu mema­damkan peristiwa hitam itu daripada ingatan pemain dan seluruh penyokong Harimau Selatan.
Dua tahun lalu, JDT dikecewakan oleh Kelantan dengan kekalahan tipis 0-1.
Safiq berkata, sejak itu banyak perubahan berlaku dalam JDT yang kini tampil dengan permainan lebih matang sehingga mencipta pelbagai kejayaan, termasuk menjuarai Piala AFC 2015.
JDT, yang kini diperkuatkan penyerang import berbisa, Jorge Pereyra Diaz dan Juan Martin Lucero semakin dahagakan kemenangan dan menjadi pasukan digeruni lawan.
"Kejayaan demi kejayaan yang dilakar sebelum ini menjadi pembakar semangat kepada kami untuk beraksi cemerlang dalam perlawanan Sabtu ini, sekali gus membawa pulang Piala FA.
"Berdasarkan prestasi semasa pasukan, saya yakin kami boleh membawa pulang Piala FA tahun ini. Strategi ampuh ketua jurulatih Mario Gomez mampu membantu kami mencapai misi itu," katanya di sini hari ini.
Namun begitu, Safiq meng­ingatkan rakan-rakan sepasukan agar tidak terlalu yakin ketika berdepan skuad The Red Ants.
"Dalam perlawanan gen­ting seperti ini, kami tidak boleh melakukan kesilapan. Jika semua pemain memberi tumpuan penuh terhadap permainan, tidak mustahil kemenangan berpihak kepada kami," katanya.

- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/safiq-mahu-tebus-kekecewaan-2013-1.325294#sthash.TmqL73hB.dpuf