ARKIB : 08/07/1998
Kuala Lumpur turut mara
KUALA LUMPUR mara ke separuh
akhir bola sepak Piala F.A selepas menewaskan penyandang juara, Selangor 4-3
menerusi penentuan sepakan penalti dalam perlawanan suku akhir kedua di Stadium
Shah Alam, malam tadi, lapor AMRAN MULUP.
Kedua-dua pasukan terikat
dengan agregat 4-4 selepas Selangor mencatat kemenangan 4-2 tamat masa penuh 90
minit. Pada perlawanan pertama Kuala Lumpur menang 2-0.
Biarpun perlawanan berlangsung
hingga ke masa tambahan sudden-death namun tiada sebarang gol dihasilkan
memaksa penentuan sepakan penalti menjadi penentu.
Tendangan penalti Azman Adnan
dan Shahril Arsat berjaya diselamatkan oleh Azmin Azram manakala sepakan Nazim
Din pula diselamatkan oleh Azlihsam Ibrahim.
Gol Selangor pada permainan
sepenuh masa dijaringkan oleh Rusdi Suparman (37), Fidadi Mohamed (48 dan 54)
dan Azman Adnan minit ke-83.
Kuala Lumpur pula memperolehi
jaringan menerusi G. Muthu (62) dan Nazim Din minit ke-69.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0708&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_08.htm#ixzz4K2keeoQd
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan