ARKIB : 08/07/1998
Jengking atasi Perak
JOHOR melayakkan diri ke
separuh akhir bola sepak Piala FA selepas menumpaskan Perak menerusi agregat
4-3 dalam perlawanan suku akhir kedua di Stadium Larkin, Johor malam tadi.
Walaupun tewas 1-2, Johor
berjaya melepaskan diri ke separuh akhir selepas menumpaskan Perak 3-1 dalam
perlawanan suku akhir pertama sebelum ini.
Johor mendahului pasukan
Perdana Satu, Perak pada minit ke-27 melalui tandukan Idris Karim yang mendapat
hantaran daripada Azmi Mohamad.
Perak yang seolah-olah cuba
membaca rentak pasukan tuan rumah pada separuh masa pertama membuat perubahan
dengan mengatur serangan ke kubu lawan.
Pada minit ke-51, pemain import
Perak, Laszlo Repasi yang membuat satu tendangan percuma di luar kotak penaliti
berjaya mengelirukan penjaga gol, Hasbulah Fatah untuk gol pertama Perak.
Jurang perbezaan jaringan itu
berjaya dirapatkan lagi oleh Laszlo yang menyumbatkan satu lagi gol pada minit
ke-72 juga melalui satu tendangan penaliti pada jarak 30 meter
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0708&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_09.htm#ixzz4K2m5p100
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan