ARKIB : 25/01/2009
KUALA LUMPUR – Pasukan bawah 19
tahun negara, Harimau Muda mengejutkan pendahulu Liga Super, KL Plus apabila
menang selesa 2-0 pada perlawanan pertama, pusingan pertama Piala FA di Stadium
Nasional Bukit Jalil, semalam.
Skuad pelapis kebangsaan itu
hanya memerlukan masa tiga minit untuk membuka jaringan menerusi Ahmad Shakir
Mohd. Ali.
Gol berpunca selepas Ahmad
Shakir menyambut hantaran lintang yang dilakukan S. Sivanesan ketika
pemain-pemain KL Plus masih belum bersiap sedia.
Turun tanpa beberapa pemain
tonggak seperti Bobby Gonzales, Reshafiq Alwi dan L. Ramesh, KL Plus cuba
bangkit dan hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-28.
Namun, tandukan Mohd. Khairul
Nizam hasil sepakan sudut hanya mampu menggegar palang gol.
Bermula babak kedua, Harimau
Muda sekali lagi membolosi gawang KL Plus hanya selepas 14 minit permainan
bersambung.
Ahmad Aminuddin yang bijak
mengawal bola dalam kotak penalti melepaskan rembatan kencang daripada sebelah
kanan gawang KL Plus untuk gol kedua pada minit ke-59.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0125&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz51Z4EgGHe
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan