Asrol Awang
sukan@hmetro.com.my
KERAJAAN Pahang sedia
mempertimbangkan insentif terbaik kepada skuad Tok Gajah jika berjaya menjulang
Piala FA, malam esok.
Pengerusi Jawatankuasa Belia
dan Sukan Pahang, Datuk Mohd Johari Hussain berkata, kerajaan negeri akan terus
memberikan sokongan dalam usaha menaikkan semangat pemain seperti pernah
dilakukan pada 2006 dan 2014.
Katanya, prestasi terbaik
diharap dipersembahkan skuad bimbingan Dollah Salleh untuk melakar sejarah
muncul juara buat kali ketiga biarpun bakal berdepan saingan getir Kedah dalam
aksi final di Stadium Shah Alam, esok.
"Sudah pasti kita
(kerajaan Pahang) akan terus menyokong usaha menaikkan semangat pemain dan
(kita) pasti mempertimbangkan insentif sehabis baik jika menang," katanya
ketika dihubungi, hari ini.
Ketika menjuarai Piala FA pada
2014, Kerajaan Pahang mengumumkan imbuhan RM600,000 kepada skuad Tok Gajah.
Perubahan mendadak dilakukan
Pahang musim ini dengan menyenaraikan barisan pemain berpengalaman selain
diperkuatkan tenaga import mantap.
SUMBER-Artikel ini disiarkan
pada : Jumaat, 19 Mei 2017 @ 2:43 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan