ARKIB : 23/06/2005
PENYERANG Selangor, Khalid
Jamlus (kiri) berusaha melepasi kawalan dua pemain MK Land pada aksi pusingan
kedua bola sepak Piala FA di Stadium Petaling Jaya, malam tadi. Selangor menang
2-1 untuk layak ke suku akhir dengan agregat 5-2. - Gambar Nazudeen Mahmud.
KUALA LUMPUR - Juara bertahan,
Perak menempah tempat ke suku akhir bola sepak Piala FA selepas menang 2-1 ke
atas Pulau Pinang dalam aksi kedua pusingan kedua di Stadium Bandaraya, Pulau
Pinang, malam tadi.
Skuad bimbingan jurulatih dari
Brazil, Toni Netto itu layak dengan agregat besar 8-1 selepas menang 6-0 pada
perlawanan pertama di Ipoh.
Pulau Pinang membuka jaringan
minit ke-50 menerusi Faisal Esahar sebelum dua gol lewat permainan oleh Wirat
Nom (84) dan R. Surendran (89) memberikan kemenangan 2-1 kepada Perak.
Juara tiga kali, Selangor turut
layak selepas menang 2-1 ke atas MK Land di Stadium Petaling Jaya semalam untuk
menang dengan agregat 5-2.
Brian Fuentes membuka jaringan
pada minit ketujuh sebelum penyerang kebangsaan, Mohd. Khalid Jamlus
menggandakan gol minit ke-73.
Gol MK Land diperoleh minit
ke-82 menerusi Mario Mijatovic.
Bagaimanapun, Kedah tersingkir
selepas tewas sepakan penalti 8-7 kepada PKNS di Alor Star.
Kedua-dua pasukan terikat
agregat 2-2 selepas pusingan kedua berkesudahan 1-1.
Terengganu turut merakam
kemaraan ke suku akhir selepas perlawanan menentang Johor di Stadium Sultan
Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu berkesudahan seri tanpa jaringan.
Kemenangan 1-0 Terengganu di
Johor dalam aksi pertama lalu jelas begitu berharga buat skuad pantai timur itu
untuk menang agregat 1-0.
Juara 1995, Sabah turut
menempah tempat dengan kemenangan agregat 6-2 ke atas Kuantan Port/Shahzan Muda
selepas skuad Badak menang 3-0 di Stadium Likas.
Gol-gol tuan rumah dijaringkan
oleh pemain import, Julio Ceasar Rodriquez (58, 81) dan Mohd Arsyah Ayub (64).
Kuala Lumpur juga menang 3-2 ke
atas TNB Kelantan di Stadium KLFA untuk layak dengan agregat 5-4.
Skuad warga kota yang terikat
2-2 di Kota Bharu, membuka jaringan menerusi Zabri Hassan (3) sebelum dua gol
disumbat oleh Carlos Quinonez (5 dan penalti 82). Gol TNB dijaringkan oleh
Farli Salim (48) dan Latiff Yusuf (65).
Kelantan menang penalti 4-2
untuk layak selepas kedudukan agregat terikat 6-6 di Kota Bharu.
sumberArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0623&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4ifS1AjvU
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan