Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI
JOHOR BAHRU 5 Feb. - Perlawanan
pusingan kedua Piala FA antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan T-Team yang
ditangguhkan Sabtu lalu seharusnya diteruskan kerana tiada sebarang insiden pergaduhan
dan kecederaan terjadi seperti dilaporkan sebelum ini.
Seorang pemain T-Team, Muhd.
Irfan Abdul Ghani berkata, walaupun tidak melihat sendiri insiden yang hangat
diperkatakan itu, namun sewaktu berada di dalam bilik persalinan, dia tidak
melihat sebarang kecederaan pada individu yang terbabit.
"Saya berada di tepi
padang ketika mereka berjalan untuk masuk terowong dan apa yang saya lihat
adalah jurulatih kecergasan T-Team menolak jurulatih JDT, Cesar Ferrando
Jiminez."
"Apa yang terjadi di dalam
terowong saya tidak nampak, namun sewaktu berada dalam bilik persalinan, tiada
sebarang kecederaan di bahagian muka Elvaldo Rodriguez yang dikatakan ditumbuk
sehingga hidungnya berdarah.
"Malah individu yang
dikatakan tercedera dalam insiden terbabit juga hadir dalam sesi latihan
keesokan hari tanpa sebarang masalah," katanya.
Muhd. Irfan yang dahulunya
bekas pemain JDT berkata demikian selepas hadir memberi keterangan kepada pihak
polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini. - UTUSAN
ONLINE
SUMBER:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140205/su_12/Gaduh-Rodriguez-tak-cedera---Muhd-Irfan#ixzz2sS7Nz58U
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan