ARKIB : 13/01/2004
JUARA Piala Malaysia, Majlis
Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) Selangor dan juara liga Perdana Satu musim
lalu, Perak menggalas tugas berat untuk merangkul satu lagi trofi kebanggaan,
Piala FA musim ini apabila diundi bertemu pasukan setanding mereka pada undian
pusingan kedua di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.
MPPJ, pasukan kelab pertama
merangkul Piala Malaysia, diundi bertemu Kedah yang semakin menunjukkan
kematangan dalam Liga Malaysia musim lalu.
Perak yang muncul juara liga dua
musim berturut-turut, bertemu seteru dari Borneo, Sarawak. Pulau Pinang pula
bertemu Sabah.
Juara bertahan Piala FA, Negeri
Sembilan juga tidak mendapat laluan mudah apabila diundi bertemu pasukan yang
sukar diramal, TNB Kelantan.
Perlis yang tewas kepada Negeri
Sembilan pada perebutan piala itu musim lalu, bagaimanapun dijangka tidak
berdepan masalah untuk mara ke pusingan ketiga setelah diundi menentang Kuala
Lumpur.
Undian yang melibatkan 33 pasukan
itu dikendalikan oleh Penasihat Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),
Karl Heinz Weigang dan Penolong Setiausaha FAM, Datuk Yap Nyim Keong.
Hanya dua pasukan iaitu Kedah
LADA dan Pahang Kuantan Port bermain dalam pusingan pertama yang berlangsung
secara timbal balik pada 10 dan 17 Mac ini manakala 31 lagi pasukan mendapat
bye.
Perlawanan pusingan kedua akan
berlangsung pada 24 dan 31 Mac.
Musim ini, FAM mengubah format
perlawanan Piala FA iaitu dengan menggunakan format yang biasa digunakan dalam
perlawanan Piala FA England dan Eropah.
Pasukan yang menang pada pusingan
kedua akan sekali lagi diundi untuk menentukan lawan untuk pertarungan pusingan
ketiga yang melibatkan 16 pasukan.
Undian pusingan ketiga dijadual
dilakukan pada 1 April manakala perlawanan akan berlangsung pada 14 dan 28
April.
Lapan pasukan yang menang dalam
pertarungan itu akan diundi pula untuk peringkat suku akhir yang dijadual
dibuat pada 29 April. Perlawanan suku akhir berlangsung pada 12 Mei dan 30 Jun.
Undian empat pasukan pada separuh
akhir pula akan dilakukan pada 26 Julai dan perlawanan pula berlangsung pada 11
dan 28 Ogos.
Perlawanan akhir akan berlangsung
pada 25 September di tempat yang akan ditetapkan kemudian oleh Jawatankuasa
Pertandingan Tempatan FAM.
UNDIAN PUSINGAN KEDUA
(10 dan 17 Mac 2004)
Sabah lwn Pulau Pinang
Sarawak lwn Perak
Johor FC lwn SKMK Kelantan
Perlis lwn Kuala Lumpur
MPSJ lwn PKNS
Telekom Melaka lwn Perak TKN
MPPJ Selangor lwn Kedah
Pahang Kesura lwn Pahang
Kedah LADA/Pahang Kuantan Port
lwn Selangor
Melaka lwn Selangor Proton
MK Land lwn Public Bank
TNB Kelantan lwn Negeri Sembilan
Johor lwn Tentera
Polis lwn Kelantan
JPS Kelantan lwn Perak Jenderata
Pulau Pinang Suria NATA lwn
Terengganu
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4dka71CZl
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan