05 Mac 2016
11:36 PM
KUALA LUMPUR 5
Mac - Juara dua kali, Perak mengetuai kemaraan lima lagi pasukan ke suku akhir
Piala FA selepas jaringan tunggal pemain import, Vokhied Shodiev membolehkan
skuad Bos Gaurus menang tipis 1-0 ke atas Kuantan FA di Stadium Perak, Ipoh,
sebentar tadi.
Turut
mengiringi Perak ke peringkat lapan terbaik adalah juara tiga kali, Kuala
Lumpur, Sabah, PKNS FC dan Sime Darby.
Semalam, Johor
Darul Ta’zim (JDT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kedah menjadi tiga pasukan
pertama melayakkan diri ke suku akhir.
Kuala Lumpur
meneruskan prestasi baik dalam Liga Perdana dengan menumpaskan Perlis 2-0 di
Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar, berterima kasih kepada jaringan Fahrul Razi
Kamaruddin pada minit ke-19 dan Muhammad Hafiz Mohd. Johar, minit ke-24.
Di Stadium
Darul Makmur, Kuantan, Pahang terus ditimpa malang apabila tumpas 0-1 kepada
pasukan berstatus kelab, Sime Darby, yang memperoleh gol tunggal kemenangan
menerusi Syed Sobri Syed Mohamad seawal minit kelima.
Sabah pula
melangkah ke suku akhir pertama dalam tempoh lapan tahun selepas jaringan
Prince Nnake pada minit ke-12 dan Maxsius Musa di minit ke-46 membolehkan
mereka menumpaskan pasukan bermasalah, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2-1 di
Stadium Likas, Kota Kinabalu.
Gol tunggal
pasukan pelawat dijaringan oleh Muhammad Faiz Ibrahim pada minit ke-22.
Sementara itu,
Felda United mengalami kekalahan kedua berturut-turut selepas dikejutkan oleh
PKNS FC 3-2 dalam saingan di Stadium Hang Jebat, Melaka.
Felda United
terlebih dulu membuka jaringan menerusi Francis Forkey Doe pada minit ke-15
untuk memastikan The Fighters mendahului saingan pada separuh masa pertama.
Begitupun, PKNS
bertindak agresif sebaik saja babak kedua bersambung dengan meledak tiga gol
menerusi Gabriel Guerra pada minit ke-49, diikuti jaringan Matias Nicholas
(m65) dan Mohd. Nazrin pada minit ke-69 untuk membolehkan tuan rumah mendahului
3-1.
Mohd. Hadin
Azman cuba merapatkan jurang 3-2 buat Felda pada minit ke-76, namun jaringan
tersebut gagal menyelamatkan The Fighters daripada mengalami kekalahan. Undian
perlawanan suku akhir akan diadakan pada pukul 9.30 pagi esok.
- Sumber:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/5-pasukan-lengkapkan-saingan-suku-akhir-1.197366#sthash.vfBwr69k.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan