KL singkir Harimau Muda C
Kuala Lumpur: Kuala Lumpur
memastikan sambutan Hari Wilayah Persekutuan semalam lebih bermakna apabila
menafikan saingan sengit Harimau Muda C untuk melangkah ke pusingan kedua Piala
FA.
Skuad Liga Perdana itu bangkit
selepas ketinggalan kepada lawan apabila Danial Ashraf Abdullah meledak dua
gol.
Dua pemain import Kuala Lumpur,
Kalle Sone meledak jaringan pada minit ke-61 disusuli Martin Ekoule pada minit
ke-66 sekali gus perlawanan di Stadium Maybank, Bangi berlanjutan ke masa tambahan
dengan keputusan terikat 2-2.
Kuala Lumpur akhirnya menang
penentuan sepakan penalti 5-3 bagi bertemu Ministry of Finance (MOF) FC pada 27
Februari ini.
Turut mengiringi Kuala Lumpur
ke pusingan kedua Piala FA adalah PKNS FC yang cemerlang menewaskan DRB-Hicom
2-0 menerusi dua jaringan Farderin Kadir dalam tempoh lima minit pada babak
kedua di Stadium Proton, Tanjung Malim.
Artikel ini disiarkan pada :
Isnin, 2 Februari 2015 @ 6:01 AM
PEMAIN Kuala Lumpur, Mohamad
Lukhman Noor Hakim (tengah) dihalang dua pemain Harimau Muda C.
- SUMBER:
http://www.hmetro.com.my/node/27900#sthash.uB2hurMZ.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan