Jumaat, 30 Mei 2014

Penyokong buat kacau lagi

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA dan SHAHRINNAHAR LATIB
sukan@utusan.com.my
 
Anggota polis mengawal keadaan di luar perkarangan stadium yang sedikit kecoh setelah penyokong Pahang membaling molotov cocktail sejurus bas yang membawa penyokong JDT meninggalkan Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN
KUANTAN - Kejayaan Pahang melangkah ke final Piala FA sedikit tercemar gara-gara tindakan penyokong membaling molotov cocktail ke arah bas Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak lama selepas Tok Gajah meraikan kemenangan 1-0 di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Jumaat, 9 Mei 2014

PENJARING TERBANYAK PIALA FA 2014

oleh- AHMAD BIN YAAKOB
4 GOL
Patrick Ronaldinho     PKNS 
3 GOL
Adam Griffiths           Kedah
Shakir Ali        Kelantan         
Charles Souza Chad    PDRM
Hamka Hamzah          PKNS 
2 GOL
Indra Putra      Felda United  
Zah Rahan Krangar     Felda United  
Luciano Figueroa        Johor Darul Ta'zim     
Billy Mehmet  Kedah
Khairul Helmi Johari   Kedah
Ahmad Fakri Saarani  Kelantan         
Hafiz Kamal    Pahang           
Matias Conti   Pahang           
Mohd Farizal Rozali   Perlis  
Karlo Primorac            PKNS 
Mahmoud Al Amna    Sime Darby    
Evaldo Gonçalves       T-Team           
Marcio Souza Da Silva           Terengganu
1 GOL
Rezal Zambery Yahya            ATM  
Edward Wilson           Felda United  
Khairul Ismail Felda United  
Shukor Adan   Felda United  
Amri Yahyah  Johor Darul Ta'zim     
Hariss Harun   Johor Darul Ta'zim     
Norshahrul Idlan Talaha         Johor Darul Ta'zim     
Safee Sali        Johor Darul Ta'zim     
Braulio Nobrega          Johor Darul Ta'zim II 
Hairul Nizam Hanif    Johor Darul Ta'zim II 
Baddrol Bakhtiar        Kedah
Khyril Muhymeen       Kedah
Badhri Radzi   Kelantan         
Forkey Doe     Kelantan         
Mohamed Ghaddar     Kelantan         
Mohamed Shawky      Kelantan         
Tengku Hasbullah       Kelantan         
Wan Zaharul Nizam    Kelantan         
Faris Ramli      LionsXII        
Gabriel Quak   LionsXII        
Safuwan Baharudin    LionsXII        
Sufian Anuar   LionsXII

Jumaat, 14 Februari 2014

Siasatan pergaduhan hampir selesai

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my
PETALING JAYA - Hasil siasatan terhadap pergaduhan yang tercetus di terowong ke bilik persalinan Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin pada 1 Februari lalu bakal diketahui dalam masa terdekat apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semakin hampir berada di peringkat mengeluarkan surat pertuduhan kepada mana-mana individu yang terlibat.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, walaupun tidak boleh memberikan jaminan 100 peratus surat pertuduhan akan dikeluarkan namun beliau membayangkan akan ada mereka yang dituduh berdasarkan siasatan awal pihak Sekretariat FAM.

Katanya lagi, beliau juga belum pasti bagaimana bentuk pertuduhan yang akan dikenakan sambil menegaskan isu pergaduhan itu akan dipecahkan kepada beberapa aspek dan tidak semestinya bergantung kepada serangan fizikal semata-mata.

"Isu pergaduhan itu kami hampir selesaikan dan diharapkan semua pihak bersabar, kami akan keluarkan surat pertuduhan kepada pihak yang terbabit, ada kemungkinan kategori pertuduhan itu akan dipecahkan dalam banyak aspek.

"Kami memerlukan sedikit masa kerana beberapa perkara perlu dilihat sebelum surat pertuduhan dapat dikeluarkan dan apabila tiba masanya kami akan mengumumkan perkara itu kepada semua pihak.

"Perkara ini kita tidak boleh buat secara tergesa-gesa, kena ikut proses supaya kes ini dapat diteliti dengan baik dan semua pihak berpuas hati apabila kes ini mula diteliti," katanya dalam sidang akhbar mengenai Piala Futsal Felda-FAM 2014 di Wisma FAM semalam.

Sebelum ini, JDT diberikan kemenangan percuma 3-0 ke atas T-Team setelah Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM memutuskan alasan skuad kendalian Azraai Khor Abdullah menarik diri daripada perlawanan itu atas faktor keselamatan tidak dapat diterima.

Namun, insiden pemain T-Team, Evaldo Goncalves yang didakwa ditumbuk oleh pemimpin tertinggi JDT dan jurulatih kecergasan, Stefano Impagliazzo yang ditendang di bahagian kemaluan masih belum diputuskan oleh pihak FAM sama ada terdapat kes atau tidak.

Menyentuh perkara lain, Hamidin berkata, terdapat dua kes lain yang sedang diteliti oleh FAM iaitu insiden pergaduhan antara penyokong Pahang dan JDT di Stadium Darul Makmur, 7 Februari lalu serta melibatkan kereta pengurus Perak, Datuk Azhar Ahmad yang pecah di tempat letak kereta.

"Satu lagi, selepas perlawanan JDT dan Perak di Larkin (18 Januari), kereta pengurus Perak telah dipecahkan tanpa diketahui siapa yang melakukannya, perkara ini juga akan disiasat oleh FAM dalam masa yang serentak ketika mengendalikan kes-kes yang saya sebutkan tadi," katanya.
 SUMBER:Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140212/su_03/Siasatan-pergaduhan-hampir-selesai#ixzz2tHlWpy7b

© Utusan Melayu (M) Bhd

Selasa, 11 Februari 2014

JADUAL PERLAWANAN SUKU AKHIR PIALA FA 2014


Suku Akhir Perlawanan Pertama
11 Februari 2014 (Selasa)
23
Johor Darul Takzim FC
mln
Kedah
8.45mlm, Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunus
24
PDRM
mln
Pahang
8.45mlm, Stadium Tuanku Abdul Rahman
25
Kelantan
mln
Selangor PKS FC
8.45mlm, Stadium Sultan Muhammad IV
26
KL Felda United
mln
Sarawak
8.45mlm, Stadium Majlis Perbandaran Selayang

Jumaat, 7 Februari 2014

JDT menang 3-0, mara ke suku akhir

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my
 
Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Fahmy Yahya (kanan) dan penolong jurulatih JDT, Ismail Ibrahim (tengah) meninggalkan bilik mesyuarat selepas mendengar keputusan JKPT berhubung perlawanan Piala FA JDT dengan T-Team, di Wisma FAM, Petaling Jaya semalam. - BERNAMA
PETALING JAYA - Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) semalam diberikan kemenangan 3-0 ke atas T-Team dalam perlawanan pusingan kedua Piala FA yang tertunda pada masa rehat Sabtu lalu oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), sekali gus layak ke suku akhir.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin yang mengumumkan keputusan itu berkata, JKPT membuat rumusan berdasarkan laporan dan soal siasat membabitkan komisioner perlawanan, pegawai penyelaras, pengadil dan pegawai kedua-dua pasukan.

Jelasnya, alasan T-Team menarik diri atas faktor keselamatan dengan apa yang berlaku ketika menuju bilik persalinan tidak boleh diterima kerana pegawai perlawanan yang terdiri daripada komisioner perlawanan atau jurulatih memutuskan permainan masih selamat untuk dijalankan.

Walaupun begitu, skuad kendalian Mohd. Azraai Khor itu bernasib baik apabila JKPT tidak berhasrat mengenakan denda selain hanya mengenakan amaran keras supaya tidak mengulangi perkara yang sama pada masa akan datang.

"Setelah mengambil keterangan semua pihak, mengikut peraturan Liga Malaysia 2013-2016, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) berpuas hati untuk memberikan kemenangan 3-0 kepada JDT dan layak ke suku akhir Piala FA berdasarkan perkara 4.12.15b iaitu menarik diri dan gagal bermain.

"Merujuk kepada peraturan yang kita bincang iaitu di bawah 4.12.1, alasan keselamatan yang diberikan T-Team untuk menarik diri tidak cukup kuat kerana hanya pegawai pertandingan sahaja boleh menentukan, mereka (T-Team) tidak ada hak.

"Mereka telah dipanggil oleh pengadil untuk menyambung permainan tetapi mereka enggan, jadi daripada segi peraturan, JDT berhak diberikan kemenangan percuma," katanya dalam sidang akhbar di Wisma FAM, yang turut dihadiri Pengerusi JKPT, Datuk Seri Afandi Hamzah.

Keputusan itu bermakna JDT akan menentang Kedah dalam perlawanan suku akhir pertama di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos pada 11 Februari manakala aksi timbal balik kedua pada 18 Februari yang berlangsung di Stadium Darul Aman.

Perlawanan pusingan kedua Piala FA pada Sabtu lalu tertunda apabila T-Team enggan meneruskan permainan babak kedua setelah berlaku pergaduhan di dalam terowong ke bilik persalinan.

Kelab dari Terengganu itu mendakwa seorang pemain dan jurulatih kecergasannya diserang oleh pengawai tertinggi JDT, menyebabkan mereka membuat keputusan untuk tidak menyambung perlawanan.

JDT sedang mendahului dengan 2-1 sebelum rehat melalui dua gol pemain dari Argentina, Luciano Figueiroa manakala gol tunggal T-Team dihasilkan oleh Mohd. Marzuki Yusof.

Mengulas perkara yang sama, Afandi berkata, isu pergaduhan adalah kes yang berbeza dan akan diadili oleh Jawatankuasa Tatatertib serta pihak sekretariat, manakala keputusan semalam hanya membabitkan keputusan perlawanan.

"Apa yang berlaku di dalam terowong, pihak kami akan teruskan siasatan kerana ini dua isu yang berbeza dan sekretariat akan ambil tindakan lanjut jika ada kes yang dibawa ke jawatankuasa tatatertib," katanya.

Sementara itu, Afandi berkata perlawanan Liga Perdana membabitkan Felda United dan Kedah serta UiTM dan PDRM pada 10 Februari ditunda bagi memberi laluan kepada perlawanan Piala FA pada 11 Februari.

RUJUKAN: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140207/su_01/JDT-menang-3-0-mara-ke-suku-akhir#ixzz2scj8snh6 © Utusan Melayu (M) Bhd

Khamis, 6 Februari 2014

JDT menang percuma ke atas T-Team

PETALING JAYA 6 Feb. - Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini memberi kemenangan percuma 3-0 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) ke atas T-Team dalam perlawanan pusingan kedua Piala FA.

Jawatankuasa itu dalam mesyuaratnya membuat ketetapan itu berdasarkan Perkara 4.12.15b peraturan pertandingan Liga Malaysia 2013-2016 kerana kesalahan T-Team yang tidak menghabiskan baki perlawanan pada separuh masa kedua. - UTUSAN ONLINE
SUMBER: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140206/su_09/JDT-menang-percuma-ke-atas-T-Team#ixzz2sX9h0cJX

© Utusan Melayu (M) Bhd

Azraai mahu pemain Titans jujur

NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
5 Februari 2014
Mohd Azraai Khor Abdullah
Mohd Azraai Khor Abdullah Mohd Azraai Khor Abdullah
JURULATIH T-Team, Mohd Azraai Khor Abdullah meminta agar skuad bimbingannya itu bersikap jujur dan berakhlak mulia dalam sesuatu hal bagi membolehkan kehidupan selamat di dunia dan akhirat.

"Wahai anak-anak Titans, hidup perlu jujur dan berakhlak mulia. Supaya selamat di dunia dan akhirat," katanya di laman Facebook.

Difahamkan, beliau berkata demikian susulan kenyataan terbuka pemain T-Team, Irfan Abd Ghani kepada pemberita selepas membantu siasatan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.

Irfan memberitahu bahawa tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku ketika pertembungan Johor Darul Takzim (JDT) dengan T-Team sewaktu di bilik persalinan.

Malah Irfan juga menafikan terdapat kecederaan yang dialami pemain import
Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan Stefano Impagliazzo yang kononnya dikasari pegawai pengurusan tertinggi JDT.

"Hampir semua pemain mahu meneruskan permainan tetapi pembantu jurulatih
pasukan (T-Team) Azlan Johar membuat keputusan agar kami menghentikan permainan dan balik," katanya.

Menurutnya, Azlan berkata jika mereka meneruskan permainan dan menang
sekalipun, mereka takkan dapat balik ke Terengganu.
     
Keselamatan pasukan itu tidak terjejas sedikit pun ketika itu, kata Irfan yang masih mempunyai kontrak bermain setahun bersama T Team dan tidak diturunkan pada perlawanan itu.

Perlawanan antara JDT dan T-Team di Stadium Larkin itu ditangguhkan selepas separuh masa pertama apabila T-Team yang ketinggalan 1-2 tidak mahu meneruskan
permainan atas alasan keselamatan.

Kelmarin pemain T-Team, pihak pengurusan dan jurulatih kecergasannya membuat empat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Terengganu berhubung insiden itu.

Ketua jurulatih JDT César Ferrando Jiménez turut membuat laporan polis di Balai Polis Sentral Johor Baharu Selatan di sini semalam berhubung kejadian itu.
SINAR HARIAN ONLINE 5.6.14

JDT menang percuma ke atas T-Team
PETALING JAYA 6 Feb. - Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini memberi kemenangan percuma 3-0 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) ke atas T-Team dalam perlawanan pusingan kedua Piala FA.

Jawatankuasa itu dalam mesyuaratnya membuat ketetapan itu berdasarkan Perkara 4.12.15b peraturan pertandingan Liga Malaysia 2013-2016 kerana kesalahan T-Team yang tidak menghabiskan baki perlawanan pada separuh masa kedua. - UTUSAN ONLINE
SUMBER: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140206/su_09/JDT-menang-percuma-ke-atas-T-Team#ixzz2sX9h0cJX
© Utusan Melayu (M) Bhd