SABTU, 20
FEBRUARI 2016 @ 11:26 PM
KUALA LUMPUR:
Tiga lagi pasukan menempah slot ke pusingan ketiga Piala FA iaitu Sabah, FELDA
United dan Kelantan selepas menewaskan lawan masing-masing pada aksi yang
berlangsung sebentar tadi.
FELDA United
tidak berdepan masalah untuk membenam PB Ipoh 2-0 dengan Francis Forkey Doe
meledak gol pembukaan buat The Fighters pada minit ke-41 sebelum Nor Fazly
mematikan kebangkitan pasukan lawan menerusi gol pada minit akhir perlawanan
oleh Nor Fazly Alias.
Aksi di Stadium
Sultan Muhamad IV pula menyaksikan Kelantan terpaksa menunggu sehingga tujuh
terakhir untuk membenam UKM FC dengan Blazhe Illijoski muncul wira buat pasukan
terbabit dengan gol tunggal kemenangan pada minit ke-83.
Terdahulu,
Sabah menewaskan KL MOF FC 3-0 menerusi dua jaringan oleh Prince Nnake dan
Maxsius Musa.
Sementara itu,
aksi lain menyaksikan perlawanan diheret ke masa tambahan apabila masing-masing
terikat selepas 90 minit perlawanan.
Di Ipoh,
Sarawak mendahului pada minit ke-17 menerusi jaringan J Parthiban sebelum
Thiago Junior meledak gol penyamaan pada minit ke-83 menjadikan keputusan 1-1.
Harapan Kuala
Lumpur untuk melangkah ke pusingan ketiga terjejas selepas Jasmir Mehat meledak
gol penyamaan lewat buat Melaka seminit sebelum perlawanan tamat sekali gus
menyamakan kedudukan 1-1 selepas Anselmo Da Silva meletakkan tuan rumah di
depan.
Di Stadium
Bandaraya, Pulau Pinang yang mendahului pada minit ke-80 dengan jaringan
Mathias Cardoba turut diheret ke masa tambahan selepas Kuantan FA mengikat
kedudukan menerusi Dao Bakary juga pada minit akhir perlawanan dengan ATM dan
Shahzan Muda juga turut terikat 1-1. BERITA HARIAN ONLINE 21.2.2016