ARKIB : 07/02/2007
KUALA LUMPUR Tiga pasukan
elit Liga Super menjadi mangsa pertama pasukan kerdil disingkir pada pusingan
pertama Piala FA yang berlangsung, semalam.
Paling mengejutkan pasukan di
tangga ketiga Liga Super, Terengganu yang tumpas 0-2 kepada PBT Pasir Gudang
dalam perlawanan di Stadium Larkin, Johor Bahru.
Dua gol dalam masa lima minit
menerusi Mohd. Khairul Ismail (m-70) dan Tambo Masauso (m-75) membolehkan PBT
Pasir Gudang penuh gah mara ke pusingan kedua.
Pulau Pinang pula menjadi
mangsa Shahzan Muda di gelanggang sendiri iaitu Stadium Bandaraya apabila tewas
menerusi penentuan sepakan penalti 4-2.
Kedudukan terikat 2-2 dalam
permainan sebenar selepas Pulau Pinang memperoleh gol menerusi Mohd. Azrul
Ahmad (m-21, 52) manakala Shahzan Muda kedua-duanya menerusi sepakan penalti
Abd. Afees Abd. Salam (m-62) dan Victor Alejandro (m-88).
Pasukan Liga Perdana, Sabah
pula mengejutkan Melaka 2-1 dalam perlawanan di Stadium Likas, Kota Kinabalu.
Gol skuad Badak dijaringkan
Charles Obi menerusi sepakan penalti pada minit ke-5 dan gol padang Azrul Ijati
Damsah minit ke-86 manakala gol tunggal Melaka dijaringkan Eduardo Escobar.
Pendahulu Liga Super, Perlis
seperti dijangka mudah menewaskan Proton FC 4-0 dalam perlawanan di Stadium
Utama, Kangar.
Gol-gol Perlis disumbang
Francis Kombe (m-41), Philimon Chipieta (m-57) dan Azlan Ismail (m-63, 75)
Di Stadium Tuanku Abdul Rahman
Paroi, Negeri Sembilan NAZA diheret hingga ke masa tambahan sebelum mencatat
kemenangan 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti ke atas Polis Diraja Malaysia
(PDRM).
Kedua-dua pasukan terikat 0-0
dalam 90 minit permainan sebenar dan masa tambahan sebelum lapan pemain bagi
setiap pasukan terpaksa membuat sepakan penalti bagi mencari pemenang.
Di Stadium Sultan Mohamad
Ke-IV, Kota Bharu, tuan rumah Kelantan menewaskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
(DBKL) 3-1.
DBKL bagaimanapun lebih dulu
mengejutkan Kelantan dengan gol pendahuluan menerusi Mohd. Azmani Kadir pada
minit ke- 32.
Namun, Kelantan bangkit dengan
tiga gol bermula dengan jaringan Mohd. Saaufi Saaidi menerusi sepakan percuma
pada minit ke-51.
Ini diikuti dengan dua lagi gol
menerusi Gustaro Alberto Romeo (m-63) dan Khairan Eroza Razali (m-80).
Telekom Melaka juga melayakkan
diri ke pusingan kedua selepas menewaskan Sarawak 2-0 dalam perlawanan di
Stadium Petaling Jaya.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0207&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4sqi9YKkc
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan