ARKIB : 13/04/2006
KUALA LUMPUR - Sarawak memilih
jalan sukar ke separuh akhir Piala FA selepas menjadi mangsa belasahan pasukan
kebangsaan Bawah 23 Tahun Singapura pada perlawanan suku akhir pertama di
Stadium Jalan Besar, Singapura, semalam.
Kekalahan besar 2-7 yang dialami
pasukan bimbingan Jalil Rambli itu pasti menyukarkan mereka untuk bangkit pada
perlawanan suku akhir kedua di Stadium Negeri, Kuching, 19 April ini.
Malang bagi Sarawak apabila
kekalahan mereka itu turut dibantu dua gol sendiri pemainnya, Sanjos Sundawat
(m-54) dan B. Rajinikandh (m-66).
Namun wira perlawanan semalam
pastinya menjadi milik pemain pasukan Bawah 23 Singapura, Khairul Amri yang
menjaringkan empat daripada lima lagi gol.
Jaringan Khairul pada minit
ke-23, 36, 38 dan 42 itu menyentap semangat melawan Sarawak sebelum Shariff
Abdul Samad mengukuhkan lagi kedudukan Bawah 23 Tahun Singapura dengan gol
ketujuh pada minit ke-72.
Walaupun Mohd. Safee Sali
berjaya menghasilkan kedua-dua gol Sarawak pada minit ke-33 dan 88 tetapi itu
tidak cukup untuk mengurangkan defisit perbezaan gol yang dimiliki Bawah 23
Tahun Singapura.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0413&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4l3m0DDlr
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan