ARKIB : 23/07/2005
Oleh AMRAN MULUP
Tonggak Negeri Sembilan,
Norhainizam Shahabudin membuat aksi menarik sambil diperhatikan oleh rakan
sepasukan dalam latihan menjelang pertemuan akhir Liga Perdana menentang
Selangor di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban, semalam.
KUALA LUMPUR - Atas kertas
Selangor dianggap pasukan yang memiliki kelebihan berbanding lawannya, Negeri
Sembilan.
Rata-rata jurulatih dan
pemerhati bola sepak berpendapat, Selangor berupaya memenangi perlawanan itu
tetapi pada masa yang sama tidak menafikan peluang tuan rumah untuk dinobatkan
selaku juara.
Sering kali terjadi apabila
pasukan yang diletakkan sebagai pilihan kecundang kepada skuad yang tidak
diberikan sebarang harapan untuk bergelar juara.
Walau apapun pertembungan 90
minit akan menjadi penentu sama ada Selangor atau Negeri Sembilan bakal
dinobatkan selaku juara Piala Liga Perdana musim 2005 di Stadium Tuanku Abdul
Rahman Paroi, malam ini.
Buat Selangor yang bangkit
selepas mengharungi suasana kelam sejak tiga musim lalu, peluang keemasan
menjulang Piala Liga Perdana sudah tentu tidak akan dilepaskan begitu sahaja.
Selepas muncul juara Kumpulan A
dan layak ke Liga Super musim depan, inilah peluang terbaik Selangor untuk
mendakap gelaran pertama musim ini sebelum menyusul pula saingan separuh akhir
Piala FA dan sesudah itu tumpuan untuk merampas kejuaraan Piala Malaysia
daripada genggaman Perlis.
Impian yang sama juga turut
dipahatkan oleh Negeri Sembilan walaupun pasukan ini kurang diberikan
perhatian.
Kelebihan bermain di gelanggang
sendiri sudah tentu menjadi suntikan semangat buat pemain Negeri Sembilan untuk
berjuang habis-habisan menafikan impian menggunung Selangor.
Skuad yang digelar `The Red
Giants' dianggap memiliki segala kelebihan kerana ketajaman jentera serangan
diketuai Bambang Pamungkas selain dibantu oleh Muhammad Khalid Jamlus dan Brian
Fuentes.
Keupayaan Selangor menjaringkan
61 gol daripada 21 aksi liga jelas membuktikan betapa jentera serangan Merah
Kuning dianggap paling menonjol berbanding Negeri Sembilan.
Sementara Negeri Sembilan di
bawah jurulatih K. Devan sekadar menjaringkan 45 gol tetapi mereka dilihat
memiliki benteng pertahanan ampuh apabila melepaskan 19 gol berbanding Selangor
sebanyak 25 gol.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0723&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4ikBw1CZ1
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan