ARKIB : 14/03/2001
PENYANDANG juara, Terengganu
mengetuai senarai pemenang dalam 12 perlawanan pusingan pertama bola sepak
Piala FA apabila menewaskan Kedah 5-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah,
Kuala Terengganu, semalam.
Hatrik oleh Sapian Wahid pada
minit ke-15, 27 dan 90, serta dibantu dua gol lagi menerusi Wan Rohaimi Ismail
di minit ke-22 dan 84 memastikan kejayaan tuan rumah.
Di Stadium Batu Kawan, Hasmawi
Hassan dan Mohd. Fareed Shah Hassan melakukan hatrik untuk Pulau Pinang yang
juga naib juara tahun lalu meraikan kemenangan besar 9-0 ke atas Perbadanan
Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Hasmawi menyumbat masuk bola pada
minit ke-43, 71, 90, Mohd. Fareed, minit ke-53, 60, 66, manakala tiga gol lagi
oleh R. Suresh Kumar (17), Mohd. Aiman Wong (55) dan Ooi Hoe Guan (76).
Di Stadium Tuanku Abdul Rahman,
Paroi, tuan rumah Negeri Sembilan mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas TNB
Kelantan hasil jaringan Azrine Effendy.
Di Stadium Sarawak, Kuching, tuan
rumah Sarawak hanya mampu berkongsi mata dengan Kelantan apabila kedua-dua
pasukan seri 3-3.
Gol-gol Sarawak dijaringkan oleh
ketua pasukan, Mohd Ali Sapiee pada minit keenam, Halim Jantan (49) dan Ramles
Sari (60), manakala Kelantan pula menerusi Tuan Kamree Tuan Yahya (10), S.
Sivaram (67) dan Anuar Abu Bakar (85).
Di Stadium Darul Makmur, tuan
rumah Pahang menewaskan NS Chempaka 2-0 menerusi jaringan Khairul Nizam Man
(73) dan Azizul Kamaluddin (85).
Di Stadium Pasir Gudang, Johor FC
meraikan kemenangan 1-0 ke atas TKN Perak melalui sepakan penalti oleh Idris
Karim pada minit ke-38 selepas kesilapan pemain TKN Perak, R. Narayanan
menjatuhkan Sheikh Ahmad Redzuan di dalam kotak penalti.
Di Stadium Darulaman, JKR
Kelantan meraih kemenangan bergaya 7-0 ke atas Ansell Kedah, kesemua gol di
babak pertama hasil jaringan Zool Ehsan Yunus (2, 31, 39), Che Hishamudin
Hassan (5, 10, 28) dan Mohd. Shukri Che Mat (37).
Di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV,
Kota Bharu, SKMK Kelantan mengejutkan Tentera 2-0 hasil jaringan Suharmin Ariffin
(42) dan penalti Anuar Roni (78).
Di Stadium Utama, Kangar, tuan
rumah Perlis mengalahkan Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) 1-0 menerusi
jaringan Badrul Afzan Razali, minit ke-44.
Di Stadium Shah Alam, Selangor
menewaskan Johor 2-0 menerusi Rizal Hassan (17) dan Yusri Che Lah (38).
Di Stadium Utama, Kangar, tuan
rumah Perlis mengalahkan Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) 1-0 menerusi
jaringan Badrul Afzan Razali, minit ke-44.
Di Stadium KLFA, Cheras, tuan
rumah Kuala Lumpur menumpaskan JKR Kedah 1-0 hasil jaringan Zulkifli Affendy
(85).
Di Stadium Majlis Perbandaran
Selayang, Melaka berkenduri gol dengan mengalahkan Zaba FC Terengganu 12-1.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0314&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz4bUK5X3gT©
Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan