ARKIB : 12/02/2006
KOTA BHARU - Jurulatih
Kelantan, Kamaruddin Mohd. Noor tidak mahu pasukannya terlalu yakin dengan
bekalan dua gol yang diperoleh hasil kemenangan 2-0 ke atas Pulau Pinang pada
perlawanan pusingan pertama Piala FA di sinim, Rabu lalu.
Ini kerana kata beliau, dalam
bola sepak, kelebihan dua atau tiga gol bukanlah sesuatu yang boleh dianggap
selesa kerana apa sahaja boleh berlaku dalam tempoh 90 minit permainan.
Jelasya, ini pernah berlaku kepada
Kelantan sendiri dalam pusingan awal Piala FA musim lalu apabila tewas terlebih
dahulu kepada Perlis 4-1 di Kangar sebelum bangkit kemudiannya di Kota Bharu
yang seterusnya memenangni penentuan sepakan penalti.
Namun, beliau tetap optimis
anak-anak buahnya mampu mengekalkan prestasi terbaik apabila bertandang ke
Pulau Pinang bulan depan seperti yang ditunjukkan bermula dengan permainan
menentang Kedah dalam perlawanan Liga Perdana, Sabtu lalu.
``Saya berpuas hati dengan
mereka kerana jelas banyak peningkatan telah berlaku ketika menentang Pulau
Pinang berbanding dengan perlawanan sebelumnya termasuk ketika menwaskan Kedah
sendiri,'' katanya.
sumberArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0212&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4kGaTRjgh
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan