ARKIB : 20/04/2003
PEMAIN kebangsaan, Tengku Hazman
Raja Hassan mengubah nasib Perlis pada saat akhir untuk meletakkan Singa Utara
ke separuh akhir bola sepak Piala FA apabila menjaringkan gol emas untuk
menewaskan Johor FC dengan agregat 4-3 dalam aksi suku akhir kedua di Stadium
Pasir Gudang, semalam.
Perlis bertandang ke Pasir Gudang
dengan ketinggalan satu gol selepas tewas 1-0 di tempat sendiri minggu lalu.
Bagaimanapun, Singa Utara
mengamuk di tempat lawan dan membolosi gawang Johor FC empat kali termasuk gol
emas Tengku Hazman untuk menang 4-2.
Begitupun, Johor FC tampak lebih
gagah untuk ke separuh akhir apabila Jon Ben Angelucci membuka jaringan buat
pasukannya seawal minit ketujuh untuk menjadikan agregat 2-0.
Bagaimanapun, Kelvin Musungu
merapatkan jurang dengan gol penyamaan minit ke-19 sebelum Adrian Jurat
Chamrong menyamakan agregat dengan jaringan minit ke-35.
Tengku Hazman meletakkan Perlis
di depan dengan jaringan ketiga pada minit ke-37 tetapi Mohd. Hamzani Omar
menyamakan kedudukan agregat 3-3 pada minit ke-58.
Kedudukan agregat 3-3 terikat
sehingga tamat perlawanan yang memaksa masa tambahan sudden-death sebelum
Tengku Hazman menceriakan Singa Utara dengan gol emas minit ke-93.
Sementara itu juara sulung, Perak
turut tersingkir daripada persaingan biarpun mencatat kemenangan 1-0 ke atas
Negeri Sembilan, tetapi tewas agregat 2-1 di Stadium Perak, Ipoh.
Negeri Sembilan bertandang ke
Ipoh dengan bekalan dua gol selepas menang 2-0 di Stadium Hang Tuah, Melaka.
Perak yang mara ke perlawanan
akhir musim lalu sebelum tewas kepada Pulau Pinang yang turut sudah terkeluar
daripada persaingan, meraih gol tunggal itu pada minit ke-86 menerusi Chan Wing
Hong.
Gol berpunca daripada ketua
pasukan, Ahmad Shahrul Azhar Sofian yang melintangkan bola ke tengah dari
sebelah kini sebelum ditolak masuk oleh Wing Hong.
Perlawanan di Ipoh sedikit
tercemar apabila pengadil melayangkan dua kad merah, masing-masing kepada
pemain tuan rumah dan Negeri Sembilan.
Pemain Negeri Sembilan, Shahrizam
Mohamad terpaksa melangkah keluar padang pada minit ke-53 selepas menerima kad
kuning kedua manakala Perak turut bermain sepuluh orang sejak minit ke-63
selepas Faizal Zainal diperintah keluar padang pada minit ke-63 kerana mengasai
pemain lawan.
Perak banyak dihampakan dengan
kecekapan penjaga gol Negeri Sembilan, Azlisham Ibrahim yang menyelamatkan tiga
percubaan berbahaya penyerang Seladang, Khalid Jamlus.
Sabah memaksa MPPJ Selangor
mengharungi penentuan sepakan penalti sebelum mengetepikan pasukan kelab itu
dengan kemenangan 4-3 selepas agregat terikat 1-1.
Zainizam Marjan menyamakan
agregat dengan gol pada minit ke-56, selepas MPPJ menang 1-0 di Kelana Jaya,
minggu lalu.
Perlawanan sebenar tamat dengan
kedudukan 1-0 dan agregat 1-1 dan masa tambahan juga gagal mencari pemenang
sehingga penentuan sepakan penalti
sumberArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0420&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4ctmlQRWM
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan