Jumaat, 13 Mei 2016

Detik perhitungan

DARI kiri, Gomez, Safiq, Shahrul serta Elavarasan bersama trofi berprestij Piala FA yang menjadi rebutan Johor DT dan PKNS FC pada aksi final di Stadium Shah Alam malam ini.

JOHOR Darul Takzim (Johor DT) dan PKNS FC akan membuat perhitungan untuk menentukan pasukan yang lebih layak merangkul trofi Superbest Power Piala FA di Stadium Shah Alam malam ini.

Skuad Harimau Selatan yang kali terakhir memenangi trofi itu pada tahun 1998 pasti mahu mengulangi pencapaian bersejarah itu, manakala pentas final pertama The Red Ants mahu dibuktikan dengan kejayaan manis merangkul Piala FA yang mula diperkenalkan pada tahun 1990.

Jurulatih Johor DT, Mario Gomez serta rakan sejawat PKNS, E. Elavarasan sudah mencongak taktikal dan mengatur strategi buat skuad masing-masing dan menjadi tugas 22 pemain kedua-dua pasukan untuk menterjemahkan dengan kejayaan.

“Matlamat kami adalah sentiasa mahu mencapai kemenangan. Setiap perlawanan itu adalah perjuangan untuk menang dan kami hanya mahu menang sahaja,” ujar Gomez.

Elavarasan pula menyifatkan tiada yang mustahil untuk dilakar oleh The Red Ants, walaupun bakal turun selaku pasukan underdog.

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0514&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz48auuc8j8 Hakcipta terpelihara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan