NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
5 Februari 2014
Mohd Azraai Khor
Abdullah Mohd Azraai Khor Abdullah
JURULATIH T-Team, Mohd Azraai
Khor Abdullah meminta agar skuad bimbingannya itu bersikap jujur dan berakhlak
mulia dalam sesuatu hal bagi membolehkan kehidupan selamat di dunia dan
akhirat.
"Wahai anak-anak Titans,
hidup perlu jujur dan berakhlak mulia. Supaya selamat di dunia dan
akhirat," katanya di laman Facebook.
Difahamkan, beliau berkata
demikian susulan kenyataan terbuka pemain T-Team, Irfan Abd Ghani kepada
pemberita selepas membantu siasatan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor
di sini hari ini.
Irfan memberitahu bahawa tiada
sebarang insiden yang tidak diingini berlaku ketika pertembungan Johor Darul
Takzim (JDT) dengan T-Team sewaktu di bilik persalinan.
Malah Irfan juga menafikan
terdapat kecederaan yang dialami pemain import
Evaldo Rodrigues dan jurulatih
kecergasan Stefano Impagliazzo yang kononnya dikasari pegawai pengurusan
tertinggi JDT.
"Hampir semua pemain mahu
meneruskan permainan tetapi pembantu jurulatih
pasukan (T-Team) Azlan Johar
membuat keputusan agar kami menghentikan permainan dan balik," katanya.
Menurutnya, Azlan berkata jika
mereka meneruskan permainan dan menang
sekalipun, mereka takkan dapat
balik ke Terengganu.
Keselamatan pasukan itu tidak
terjejas sedikit pun ketika itu, kata Irfan yang masih mempunyai kontrak
bermain setahun bersama T Team dan tidak diturunkan pada perlawanan itu.
Perlawanan antara JDT dan
T-Team di Stadium Larkin itu ditangguhkan selepas separuh masa pertama apabila
T-Team yang ketinggalan 1-2 tidak mahu meneruskan
permainan atas alasan
keselamatan.
Kelmarin pemain T-Team, pihak
pengurusan dan jurulatih kecergasannya membuat empat laporan polis di Ibu
Pejabat Polis Kontinjen Kuala Terengganu berhubung insiden itu.
Ketua jurulatih JDT César
Ferrando Jiménez turut membuat laporan polis di Balai Polis Sentral Johor
Baharu Selatan di sini semalam berhubung kejadian itu.
SINAR HARIAN ONLINE 5.6.14
JDT menang percuma ke atas
T-Team
PETALING JAYA 6 Feb. -
Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini
memberi kemenangan percuma 3-0 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) ke atas T-Team
dalam perlawanan pusingan kedua Piala FA.
Jawatankuasa itu dalam
mesyuaratnya membuat ketetapan itu berdasarkan Perkara 4.12.15b peraturan
pertandingan Liga Malaysia 2013-2016 kerana kesalahan T-Team yang tidak
menghabiskan baki perlawanan pada separuh masa kedua. - UTUSAN ONLINE
SUMBER:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140206/su_09/JDT-menang-percuma-ke-atas-T-Team#ixzz2sX9h0cJX
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan